PM Anwar umum 7 berita baik termasuk tol percuma selama 4 hari

Photo of author

By Joe

PM Anwar umum 7 berita baik termasuk tol percuma selama 4 hari. Pengecualian bayaran tol sempena Aidilfitri dan cuti umum antara tujuh berita baik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah tujuh perkara yang diumumkan Perdana Menteri dalam sidang akhbar khas di Putrajaya, hari ini.

PM Anwar umum 7 berita baik termasuk tol percuma selama 4 hari

1. Kerajaan memberi pengecualian bayaran tol Rahmah sempena Aidilfitri dari 19-21 dan 24 April.

2. Menawarkan harga barangan asas dan mentah kepada pengusaha menu Rahmah pada kadar diskaun khas.

3. PDRM beri kadar khas bayaran saman bermula 21 April hingga 22 Mei 2023 untuk saman trafik pada 2022 dan sebelumnya. Setiap saman boleh diuruskan dengan kadar RM50.

4. Jabatan Penjara melaksanakan pelepasan orang bebas berlesen sempena Aidilfitri. Ini memberi peluang penghuni penjara beragama Islam pulang meraikan hari raya bersama keluarga selain banduan agama lain.

5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat perumahan mampu milik.

6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil bumiputera.

7. Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan jika tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am.

Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Baca Lagi:
Kapal pemusnah peluru berpandu AS mula berlayar di Selat Taiwan jadi tanda tanya orang ramai
Wanita hafal Quran 15 juzuk tanggal baju dan tudung didenda RM8,000
230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?