PM Anwar dedah sesuatu tentang Agong buat ramai rakyat jelata terkejut

PM Anwar dedah sesuatu tentang Agong buat ramai rakyat jelata terkejut

PM Anwar dedah sesuatu tentang Agong buat ramai rakyat jelata terkejut. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terlebih dahulu tidak mengambil gaji iaitu sejak COVID-19 melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini kerana Seri Paduka cakna dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

“Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak COVID-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak COVID-19.
“Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

PM Anwar dedah sesuatu tentang Agong buat ramai rakyat jelata terkejut

Anwar sebelum ini menetapkan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan perdana menteri sebagai langkah memulihkan keyakinan rakyat terutama terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Jemaah Menteri turut bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini. – BERNAMA

Baca Lagi:
Tanah runtuh hempap tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, 69 dikhuatiri terperangkap
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
CATEGORIES