Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil. Sihir merupakan perbuatan terkutuk yang melibatkan permintaan daripada pertolongan jin dan syaitan untuk memperolehi sesuatu

Walaupun perkara ini sudah lapuk, namun ia masih diamalkan oleh segelintir masyarakat Melayu yang berhasad dengki untuk memudaratkan kehidupan manusia lain.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan nasihat seorang wanita mengenai sihir telah mencetuskan tawa ramai.

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Lihat video penuh itu di bawah:

@cheffazalinakitchen #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia ♬ original sound – Chef Fazalina.

Jumpa duit syiling cakap sihir tapi duit kertas laju pula dia ambil

Menerusi video yang dikongsi oleh @cheffazalinakitchen, kelihatan seorang wanita sedang menyapu sampah di halaman rumahnya.

Sedang dia menyapu sampah, wanita itu terjumpa duit syiling bernilai sepuluh sen di hadapan rumahnya. Dia pun memberi nasihat supaya jangan ambil kerana ia mungkin sihir.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia terjumpa duit kertas yang banyak, dia boleh pula terus ambil tanpa rasa malu.

Hal ini membuatkan ramai yang berseloroh bahawa duit syiling itu sihir manakala duit kertas pula rezeki.

“Yang part last tu kena ucap Alhamdullilah mak cik” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 93.7K likes serta 2.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil

Baca Lagi:
Pegawai kanan polis bergelar Datuk termasuk 6 pegawai polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing
Kakak kandung hamil anak bekas suami
Kenal di Omi, remaja perempuan dirogol ramai-ramai
CATEGORIES