‘Pintu misteri’ ditemui di Antartika jadi tanda tanya

Photo of author

By Joe

‘Pintu misteri’ ditemui di Antartika jadi tanda tanya. Satu ‘pintu misteri’ telah ditemui di Antartika, di bahagian tenggara pos penyelidikan Stesen Showa yang dikendalikan oleh Jepun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pengguna-pengguna internet yang peka melihat ‘pintu’ itu, yang kini menjadi topik teori konspirasi.

Terdapat beberapa spekulasi bahawa ia mungkin merupakan rumah percutian Bigfoot atau lokasi pesawat angkasa lepas seperti dalam filem ‘Star Trek’.

'Pintu misteri' ditemui di Antartika jadi tanda tanya

Seorang pengguna platform Reddit yang melihat struktur tersebut memberikan komen: “Pintu besar di Antartika?”

“Mungkin ia hanya pintu (pesawat) Boeing yang diterbangkan,” tulis seorang netizen lain, merujuk kepada nahas udara yang melibatkan sebuah pesawat Boeing pada Januari lalu.

Mengulas mengenai penemuan itu, Pakar Glasiologi di Universiti Newcastle, Profesor Bethan Davies berkata: “Ia adalah gunung ais yang menjadi tanah dan kini tersekat serta mencair di situ.”

Baca Lagi:
“Cantiknya tulisan” – Guru bukan Islam ajar tulisan Jawi raih perhatian
Iklan hon, bunyi siren boleh bahayakan orang ramai – Doktor beri pesanan ‘pedas’ buat stesen radio
“Badan jer besar tapi takut jarum” – Lelaki menangis selepas kena cucuk dengan jururawat