Pihak berkuasa temui 47 mayat dalam guni bawah lantai kelab malam

Pihak berkuasa temui 47 mayat dalam guni bawah lantai kelab malam

Pihak berkuasa temui 47 mayat dalam guni bawah lantai kelab malam. Pihak berkuasa negara ini menemui sebuah kubur yang ditanam dengan 47 mayat dalam guni di bawah lantai sebuah kelab malam di Tenango del Valle.

Penemuan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Kartel Generasi Baharu Jalisco terbongkar minggu lalu berikutan penahanan sembilan individu yang didakwa anggota kartel paling kejam di negara itu.

Suspek membawa anggota polis ke sebuah gudang perindustrian yang bertukar menjadi kelab malam di Tenango del Valle, kira-kira sejam dari Mexico City.

Pihak berkuasa temui 47 mayat dalam guni bawah lantai kelab malam

Semua mayat berkenaan ditemui selepas polis terpaksa menggunakan penggali tapak bangunan untuk memecahkan lantai bangunan di kejiranan La Joya.

Pegawai penyiasat terkejut dengan penemuan kubur pembunuhan beramai-ramai di bawah tanah, di mana sekurang-kurangnya 20 mayat ditemui.

Pihak berkuasa temui 47 mayat dalam guni bawah lantai kelab malam

Sebanyak 47 guni berisi mayat manusia dikeluarkan untuk pemeriksaan forensik.

Jumlah sebenar mangsa dan identiti mereka masih belum diketahui.

Pakaian lelaki dan wanita turut ditemui di tapak berkenaan.

Polis turut dibawa ke beberapa lokasi berbeza, termasuk gudang di Tenango del Valle.

Antara yang ditahan ialah ketua kartel, Jaime Luis ‘El Pozolero’, yang dituduh menculik seorang wanita di Tenancingo tahun lalu.

Baca Lagi:
Pesara 62 tahun dari Melaka jadi jutawan BSN SSP
Majalah popular Amerika Syarikat senaraikan orang paling kaya di dunia, rupanya ada 15 orang rakyat Malaysia tersenarai
Baru 1 bulan jadi jiran sebelah rumah, dah berani nak rampas suami dan anak kembar 3 aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *