Piala Dunia Qatar: Pengarah stesen televisyen Algeria dipecat kerana siarkan kemenangan Maghribi

Piala Dunia Qatar: Pengarah stesen televisyen Algeria dipecat kerana siarkan kemenangan Maghribi

Piala Dunia Qatar: Pengarah stesen televisyen Algeria dipecat kerana siarkan kemenangan Maghribi. Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0, pada pusingan suku akhir Piala Dunia 2022, Sabtu lalu.

Memetik kenyataan dari Kementerian Komunikasi Algeria, agensi berita Algeria APS melaporkan bahawa Nadir Boukabes menggantikan Lounakel sebagai pengarah EPTV baharu.

Walau bagaimanapun, kenyataan tidak memaklumkan sebab utama di sebalik pemecatan pengarah EPTV yang dilantik sejak Mei 2021.

Piala Dunia Qatar: Pengarah stesen televisyen Algeria dipecat kerana siarkan kemenangan Maghribi

Lounakel dipecat sehari selepas siaran langsung perlawanan pasukan Portugal menentang Maghribi dan kontroversi ini bukan kali pertama Algeria dilaporkan mempolitikkan sukan.

Media melaporkan bahawa pengarah televisyen kerajaan telah diganti sebanyak enam kali. Tiga daripada mereka ditamatkan perkhidmatan oleh Presiden Algeria, Madjid Teboune.

Kerajaan Algeria dikatakan cuba menghalang pengaruh Maghribi terhadap rakyatnya termasuk di Piala Dunia 2022.

Terdahulu, Algeria membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Maghribi berikutan pertelingkahan mengenai sempadan di Sahara Barat.

Sahara Barat ialah sebuah wilayah di pantai Atlantik Afrika. Rabat menguasai 80 peratus kawasan ini, termasuk deposit fosfat dan perairan memancing.

Konflik dua negara ini semakin meruncing selepas Maghribi memilih untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel, sebuah negara yang dianggap Algeria sebagai musuh.

Baca Lagi:
Haqiem Stopa didakwa simpan gambar, video lucah bekas kekaksih dalam dua telefon bimbit
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
CATEGORIES