Piala Dunia 2022: Wartawan Israel dipulaukan di Qatar

Piala Dunia 2022: Wartawan Israel dipulaukan di Qatar

Piala Dunia 2022: Wartawan Israel dipulaukan di Qatar. Peminat bola sepak dari Arab dilaporkan menjauhi wartawan Israel ketika cubaan menemu bual mereka di Doha.

Memetik Reuters, situasi ‘dingin’ dari peminat bola sepak menggambarkan cabaran dihadapi oleh warga media Israel meskipun negara itu dalam cubaan menjalin hubungan baik dengan beberapa Negara Teluk.

Terdahulu, jurucakap Israel menyuarakan harapan Perjanjian Abraham yang diusahakan Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada tahun 2020 termasuk Sudan dan Maghribi, akan mendorong normalisasi lanjut.

Piala Dunia 2022: Wartawan Israel dipulaukan di Qatar

Percubaan temu bual oleh wartawan dari penyiar awam KAN dan Channel 12 TV bersama peminat bola sepak Arab dilihat ‘dingin’ dan didakwa mereka kebanyakannya langsung tidak dilayan.

Rakaman yang tersebar dalam talian menunjukkan dua peminat Arab Saudi, seorang dari Qatar dan tiga peminat Lubnan melarikan diri daripada wartawan Israel.

Selain itu, wartawan Channel 13 memberitahu, peminat Palestin mengadakan protes spontan di sebelahnya sambil mengibarkan bendera dan melaungkan “pergi balik!”.

Qatar tidak mengiktiraf Israel secara rasmi, sebaliknya menyokong kedaulatan Palestin. Namun begitu, Qatar membenarkan penerbangan terus dari Tel Aviv untuk peminat menyaksikan Piala Dunia serta delegasi diplomat Israel untuk mengendalikan logistik.

Sementara itu, jurucakap delegasi berkata, tiada laporan layanan buruk terhadap kira-kira 10,000 hingga 20,000 peminat Israel. Namun beliau mengakui ‘beberapa insiden’ melibatkan media Israel.

Seorang warga Arab Saudi Khaled al-Omri, yang bekerja dalam industri minyak dan kini berada di Qatar menyokong pasukan kelahirannya memberitahu Reuters beliau berharap laluan penerbangan Tel Aviv-Doha tidak menjadi laluan penerbangan kekal.

“Sudah tentu kebanyakan negara di dunia Arab menuju ke arah normalisasi tetapi itu kerana kebanyakan tidak mempunyai pemimpin yang mendengar suara rakyat mereka,” katanya.

Baca Lagi:

Derhaka dan hina Raja-raja melayu, Hadi Awang perlu segera disiasat
Tak pernah terjadi dalam Malaysia, Sultan Brunei pandu sendiri kereta tapi Anwar duduk sebelah
Geng paranormal terakam muka ‘hantu budak’ dalam terowong bawah tanah
CATEGORIES