PH melepasi angka majoriti mudah 112, akan menghadap Istana Negara – Anwar Ibrahim

PH melepasi angka majoriti mudah 112, akan menghadap Istana Negara - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi PH itu berkata, PH telah melepasi angka majoriti mudah 112 dan akan menyediakan dokumen bagi menghadap Istana Negara.

Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan bilangan kerusi dimenangi PH ataupun parti yang menyokong PH untuk membentuk kerajaan.

“Kita menerima keputusan dan menghormati mandat rakyat dan seperti kita sedia maklum PH adalah gabungan besar yang memenangi PRU15.

PH melepasi angka majoriti mudah 112, akan menghadap Istana Negara - Anwar Ibrahim

Tiada parti yang memperoleh majoriti dalam Parlimen dan ini memerlukan proses perbincangan. Saya ingin maklumkan kami (PH) mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Baca Lagi:
Presiden Pas Hadi Awang umum Perikatan Nasional menang bentuk kerajaan Persekutuan
Mahathir hilang deposit di Langkawi
Hilang Gua Musang, Ku Li kalah kali pertama dalam 50 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *