Petua jadikan kulit wajah anda halus dan licin, boleh cuba guna ‘hampas kelapa’

Petua jadikan kulit wajah anda halus dan licin, boleh cuba guna ‘hampas kelapa’

Petua jadikan kulit wajah anda halus dan licin, boleh cuba guna ‘hampas kelapa’. Kalau anda perasan, hampas kelapa banyak digunakan dalam produk kosmetik kerana manfaatnya yang boleh menghaluskan kulit, melembapkan kulit, mencerahkan kulit, menanggalkan kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit dan menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat. Kali ni kami nak kongsi dengan anda petua untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dengan menggunakan hampas kelapa. Jom ikuti petua di bawah ini.

Okay, resipi yang cikgu nak berkongsi ini boleh digunakan sebagai scrub untuk muka dan seluruh badan.

Petua jadikan kulit wajah anda halus dan licin, boleh cuba guna 'hampas kelapa'

Bahan bahannya

1. 7 sudu besar hampas kelapa
2. Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
3. 2 sudu besar gula biasa atau gula perang
4. 1 sudu besar garam halus
5. 2 sudu tepung beras

Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.

Tara dah siap!

Cara guna

1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
4. Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air.

Selamat mencuba. In Sha Allah. Akan nampak perubahan ketara.

Baca Lagi:
Penceramah bebas punyai 3 isteri bakal dipenjara 190 tahun
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
Polis terima laporan video tular bendera Malaysia dan Israel di Laut Galilee
CATEGORIES