Petisyen pengampunan diraja Najib berjaya cecah 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari

Petisyen pengampunan diraja Najib berjaya cecah 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari

Petisyen pengampunan diraja Najib berjaya cecah 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari.

Petisyen sembah perkenan rakyat memohon pengampunan diraja untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumpul 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari sejak ia dilancarkan.

Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, tanda tangan itu dijangka terus meningkat dan jangka mencapai angka 150,000 menjelang Sabtu ini.

“Sehingga kini petisyen itu telah mencapai 30,190 tanda tangan dengan 164,730 orang telah melihat petisyen itu manakala 15,207 lagi berkongsi di lain-lain platform.

Petisyen pengampunan diraja Najib berjaya cecah 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari

“Saya menjemput orang ramai pergi ke https://chng.it/D7wsLzYX untuk menyatakan sokongan anda. Sokongan ini sangat bermakna kerana ia merupakan manifestasi rakyat terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

Sementara itu, komen seorang penanda tangan petisyen, Eric Lim mendapat 87 tanda suka menganggap Najib sebagai pemimpin terbaik.

Seorang lagi penyokong, Anusuya Pathmanathan mendakwa Najib merupakan mangsa pendakwaan dan penganiayaan bermotifkan politik.

“Saya percaya kes beliau bukan sahaja bermotifkan politik malah telah dinafikan untuk mendapatkan perbicaraan secara adil. Kini Seri Paduka Baginda dan tuhan sahaja harapan rakyat untuk mengembalikan keadilan,” kata Anusuya.

Bagi Muhammad Redzuan Kadir Jalani, dasar-dasar pentadbiran yang diperkenalkan Najib banyak memberi fokus kepada kemudahan rakyat.

“Orang tua memerlukan Klinik 1Malaysia yang beliau laksanakan selama beliau menjadi Perdana Menteri. Banyak lagi (yang) beliau laksanakan untuk kepentingan rakyat ketika itu yang memerlukan bantuan dan keringanan,” katanya.-

Baca lagi: 

“Lebih baik bunuh saya” kata Rosmah sejurus dijatuhkan hukuman

Dakwaan nama Najib tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara, ini jawapan Menteri Dalam Negeri

Kes rasuah RM2.8 juta, nasib Bung Moktar, Zizie diketahui esok

CATEGORIES