Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka

Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka

Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka. Negeri Melaka yang merupakan bandar bersejarah pernah terkenal suatu ketika dahulu dengan kedudukan strategik dan menjadi lokasi perdagangan yang sangat masyhur.

Bukan itu sahaja, negeri tersebut juga terlindung dari angin monsun Timur Laut dan Barat Daya yang membolehkan banyak kapal dagang memilih untuk berlabuh dan melakukan perdagangan di negeri tersebut.

Oleh hal yang demikian, Melaka dapat memperoleh hasil dagangan yang lumayan ekoran barang-barangan yang dapat dijual kepada pedagang luar.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini, Persatuan Kartografi Melaka telah berkongsikan beberapa fakta menarik berkaitan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang mungkin dapat menambah ilmu pengetahuan pembaca.

Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka

Oleh itu, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Sebuah naskah kartografi lama yang dihasilkan pada tahun 1550 telah mencatatkan beberapa fakta sejarah berkaitan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat fakta atau informasi yang tercatat di dalam peta lama yang berusia 472 tahun tersebut menceritakan tentang keadaan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum penjajahan tentera Portugis yang berlaku pada tahun 1511, kira-kira 39 tahun sebelum peta ini disiapkan pada tahun 1550.

Peta yang bertajuk Desceliers Map of the World ini telah dihasilkan oleh Pierre Desceliers yang merupakan seorang ahli kartografi Perancis dan juga ahli terkemuka kepada Sekolah Kartografi Dieppe. Selain itu, beliau juga dianggap sebagai bapa hidrografi Perancis. Pierre Desceliers sangat rapat dengan Jean Ango dan Dieppois, penjelajah Giovanni da Verrazzano. Walaupun nampaknya mungkin beliau tidak mengambil bahagian dalam mana-mana pelayaran, beliau dapat mengumpulkan maklumat termasuk portolan dan memasukkan maklumat ini ke dalam petanya sendiri.

Berbalik kepada peta yang dihasilkan beliau, terdapat catatan maklumat atau informasi berkaitan empayar Melaka (Ditulis sebagai Melalque) di dalam peta lama tersebut.

Catatan tersebut setelah diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris adalah memberi maksud sebagai:

Malacca is a town whose king and inhabitants hold the faith of Mahomet, and are tributary to the king of China. They wear long hair, and are of the colour of ashes. There is a trade in aromatic spices. There are very pretty parrots, sandalwood, and tin. The beasts of this country are elephants, horses, sheep, cattle, leopards, buffaloes, and peacocks. (Berdasarkan dokumen Transcations and Proceedings of the Royal Geographical Society of Australasia, New South Wales Branch Vols. III and IV. (1st January, 1885 to 31st December. 1886.)).

Terjemahan di dalam Bahasa Melayu:
Melaka ialah sebuah bandar yang raja dan penduduknya memegang kepercayaan Mahomet (Nabi Muhammad S.A.W), dan merupakan tributari (naungan) kepada raja China. Mereka memakai / berambut panjang, dan berwarna abu (Warna kelabu atau kelabu coklat). Terdapat perdagangan dalam rempah aromatik. Terdapat burung kakak tua, cendana, dan timah yang sangat cantik. Binatang di negara ini ialah gajah, kuda, biri-biri, lembu, harimau bintang, kerbau, dan burung merak.

Maklumat yang tercatat di dalam naskah kartografi ini membuktikan bahawa empayar Kesultanan Melayu Melaka sangat hebat dan penuh gemilang sehingga tercatat dan direkod di dalam kebanyakan kartografi lama sejak sekian lama dahulu.

Sumber peta dan maklumat:
– British Library.
– Transcations and Proceedings of the Royal Geographical Society of Australasia, New South Wales Branch Vols. III and IV. (1st January, 1885 to 31st December. 1886.)

SUMBER

Baca Lagi:
Anak nak kahwin lari dekat Thailand, mak ayah tak restu sebab hantaran RM5,000
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
CATEGORIES