Pesta naik harga menjelang Ramadhan, orang ramai harus bersedia…

Pesta naik harga menjelang Ramadhan, orang ramai harus bersedia…

Pesta naik harga menjelang Ramadhan, orang ramai harus bersedia…

Sekitar dua minggu lalu, penternak memberi amaran berhubung kenaikan harga daging lembu menjelang Ramadan. Kenaikan sekitar RM300.

Kisah yang sama juga melingkari pengguna yang ingin menikmati daging kambing. Harga sekilogram pula sekitar RM20 sebelum ini telah meningkat kepada lebih RM40.

Alasan mereka, kenaikan akibat kos bahan penternakan dan ia perlu bagi mengelakkan golongan itu terus menanggung kerugian.

Pesta naik harga menjelang Ramadhan, orang ramai harus bersedia...

Tiada seorang peniaga yang mahu rugi, begitu juga pengguna, namun apa pilihan yang ada?

Ayam pun sama, ketika ini harganya sekitar RM9.50 sekilogram seekor, kalau besar boleh mencecah RM25.

Minggu lalu, peniaga yang menggunakan tepung sebagai bahan asas utama dalam perniagaan mereka mengeluh apabila terpaksa membeli barangan tersebut dengan harga tinggi. Kenaikan sekitar RM3.

Dakwa mereka pemborong punya angkara, namun pemborong pula kata pembekal punya onar kerana tiada persaingan dan ini cara mereka naikkan harga.

Kenaikan itu menyebabkan kos meningkat sekitar 20 peratus dan akibatnya, dulu beli kuih boleh dapat lima biji dengan harga RM4, sekarang dapat empat atau tiga biji sahaja.

Kata orang, sekarang makan seorang sedikit untuk bagi rasa sahaja bukan untuk kenyang.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, biskut raya juga naik harga sekitar RM2 hingga RM3 bagi mengimbangi kenaikan mentega, botol serta bahan-bahan lain.

Kenaikan harga ini bukan melingkari barangan asas sahaja, segala macam keperluan juga mencanak naik.

Ibu bapa yang mempunyai anak sekolah turut berdepan situasi baju dan kasut mahal termasuk perlu membayar penuh bayaran pengangkutan biarpun sekolah secara penggiliran.

Tidak termasuk yang mahu menyediakan sepersalinan baju raya untuk anak-anak tahun ini setelah mendapat ‘lampu hijau’ tiada sekatan pulang beraya.

Satu yang pasti, belanja isi rumah meningkat mendadak ketika ini, lebih 40 peratus. Mungkin ada yang mencari pendapatan dengan pekerjaan kedua atau yang belajar kemahiran antaranya menjahit selepas ini.

Jika sebelum ini, duit cukup-cukup makan sehingga hujung bulan, sekarang mungkin ada yang berkira-kira untuk berbelanja.

Senang cerita, RM100 yang dibawa ke pasar, tidak lagi mampu memenuhi bakul, apatah lagi troli.

Secara asasnya semua orang terkesan dengan pandemik dan kelembapan ekonomi pada ketika ini. Peniaga, penternak, pemborong, pembekal dan akhirnya pengguna.

Kenaikan harga barangan ini jika tidak dipantau dengan teliti dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan isi rumah yang berpendapatan kecil dan keluarga yang terkesan akibat pandemik dan bencana.

Wahai kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan agresiflah mencari golongan ini untuk dibantu agar tiada yang kelaparan dan kehausan.

Baca Lagi:

Ini antara sebab kenapa lelaki tua semakin diminati berbanding lelaki muda…

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Bentong Kali – Penjenayah paling digeruni tahun 90-an, hati kering dan tak takut mati!

CATEGORIES