Pesawat Malaysia Airlines bawa 259 jemaah umrah terpaksa berpatah balik selepas 2 jam berlepas

Photo of author

By Joe

Pesawat Malaysia Airlines bawa 259 jemaah umrah terpaksa berpatah balik selepas 2 jam berlepas. Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.

Astro AWANI difahamkan penerbangan tersebut membawa 259 jemaah daripada dua agensi untuk melakukan ibadah umrah.

Seorang penumpang mendakwa, pesawat tersebut mengalami gegaran sewaktu berlepas dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia kira-kira dua jam sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pesawat Malaysia Airlines bawa 259 jemaah umrah terpaksa berpatah balik selepas 2 jam berlepas

Pemerhatian melalui laman web Flightradar mendapati pesawat tersebut berlepas dari KLIA kira-kira jam 2.50 petang pada hari Ahad dan terbang pada ketinggian 10,000 kaki sebelum dilihat berlegar-legar berhampiran Pulau Tengah.

Pesawat tersebut kemudian mula turun ke paras 6,000 kaki pada jam 4.15 petang, sebelum melakukan beberapa lagi pusingan dan akhirnya selamat mendarat kira-kira jam 5 petang.

Kesemua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.

Baca Lagi:
Wanita duduk tepi jalan tawar khidmat untuk lelaki kesepian jadi ‘teman wanita tercantik’ serendah RM0.63 sen
Tuah lelaki kutip sofa buangan tepi jalan, terkejut jumpa seikat duit dan seketul emas
Lelaki jadi jutawan segera selepas jumpa sebongkah batu dipenuhi emas seberat 4.6kg