Pesawat China dikesan ceroboh ruang udara negara lagi

WhatsApp Image 2022 02 11 at 7.50.02 PM e1644580514325

Pesawat China dikesan ceroboh ruang udara negara lagi. Dakwaan sebuah pesawat pengangkut taktikal dari China sekali lagi memasuki ruang udara negara dilaporkan berlaku pada dua hari lalu.

Melalui laporan Twitter Informasi Tempur berkata, pesawat pengangkut taktikal jenis Xian Y-20 dari negara China itu telah memasuki ruang udara Malaysia pada 9 Februari lalu.

“Alert 5 melaporkan pesawat pengangkut taktikal Xian Y-20 China masuk ruang udara Semenanjung Malaysia hari ini.

Baca lagi:  [VIDEO] Ular dalam pesawat, penerbangan terpaksa dilencongkan ke Kuching.

“Pesawat jenis yang sama pernah menceroboh ruang udara zon maritim Malaysia berhampiran Kota Kinabalu pada Jun tahun lalu,” jelas ciapan tersebut.

Sebelum ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional Jun lalu.

Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat PLAAF itu dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada pukul 11.53 pagi.

Pesawat berkenaan dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Baca lagi:  Hadi Usman cipta dapur memasak guna kuasa air

Leave a Reply

Your email address will not be published.