Pesara umur 73 tahun merana bateri meletup dalam zakar, mengaku sumbat 3 biji bateri dalam kemaluan untuk puaskan nafsu

Photo of author

By Joe

Pesara umur 73 tahun merana bateri meletup dalam zakar, mengaku sumbat 3 biji bateri dalam kemaluan untuk puaskan nafsu. Seorang lelaki berusia 73 tahun mengalami kecederaan selepas dia memasukkan tiga biji bateri ke dalam saluran zakarnya.

Pesara dari Australia itu terpaksa mendapatkan bantuan perubatan selepas bateri itu ‘meletup’ di dalam kemaluannya.

Menurut Brendan Akihiko Yanada dari Jabatan Urologi di Hospital Kesihatan Barat Footscray, lelaki itu datang ke hospital selepas 24 jam menahan kesakitan.

Pesara umur 73 tahun merana bateri meletup dalam zakar, mengaku sumbat 3 biji bateri dalam kemaluan untuk puaskan nafsu

Imbasnya, lelaki itu mengaku memasukkan objek asing ke dalam kemaluannya untuk mendapatkan kepuasan seksual.

Dia juga mengaku pernah melakukan perbuatan sama beberapa kali, namun tidak pernah berdepan sebarang masalah sebelum ini.

Selain bateri, dia pernah memasukkan wayar elektrik, kutleri dan skru logam ke dalam kemaluannya.

Semasa prosedur perubatan itu, pasukan perubatan mendapati terdapat kesan luka melecur yang meluas di bahagian hadapan saluran zakarnya.

Dia dibenarkan discaj selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Baca Lagi:
Kenapa ramai lelaki Melayu suka amoi?, Ini 7 sebab yang ramai tak tahu
“Sepanjang 2 tahun kahwin, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama, terasa diri lagi hina dari pengemis, aku sampai bersujud dekat kaki suami supaya ceraikan aku…”
Kisah yang ramai orang tak tahu, Zaiton Sameon dedah pernah diajak kawin oleh Allahyarham Sudirman, tapi ditolak dengan alasan ini..