Pesakit pergi tandas, tiba-tiba mesin catat bacaan jantung naik lebih 200

Photo of author

By Joe

Pesakit pergi tandas, tiba-tiba mesin catat bacaan jantung naik lebih 200. “Pesakit turun dari ‘strecher’ pergi tandas. Tiba-tiba ada pesakit ‘lain’ pula duduk di atas katil itu. Kadar denyutan jantung lebih 200! Pukul 1 pagi, datang senyap-senyap nak tumpang tidur.”

Itu perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Kakruz mengenai situasi menyeramkan di sebuah pusat perubatan.

Menerusi hantaran video tersebut, jelas kelihatan tempat berkenaan kosong, tetapi bacaan pada mesin berhampiran, dipercayai elektrokardiogram, menunjukkan rekod bacaan seolah-olah ada seseorang sedang duduk di atas katil pesakit.

Pesakit pergi tandas, tiba-tiba mesin catat bacaan jantung naik lebih 200

Berdasarkan maklumat dari laman sesawang Gleneagles Hospital Malaysia, kadar denyutan jantung normal manusia adalah dalam julat 60 hingga 100 denyutan seminit (bpm) semasa rehat.

Rata-rata pengguna mengatakan situasi ini sangat menyeramkan, malah ada juga petugas hospital yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Dekat wad kami pun pernah berlaku macam ni. Pesakit tidak ada tetapi tiba-tiba ada bacaan ‘rhythm’,” kongsi @Qairaqhalif.

“Kita pun selalu kena. Tiba-tiba sahaja ada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung, bacaan paras oksigen dalam darah…,” kata seorang lagi pengguna.

“Selalu kena macam ni masa jadi HO (doktor pelatih) dulu. Dekat ‘cubicle’ yang sama sahaja,” ujar pengguna yang lain.

Lebih menyeramkan, ada netizen yang mendakwa ternampak kelibat bayi di atas katil pesakit berkenaan.

“Saya tengok video ini dengan anak. Dia kata ada ‘baby’ atas katil. Saya tanya di mana ada ‘baby’? Dia tunjuk atas katil dan kata kasihan ‘baby’ adik,” kongsi @fiezalewis0.

Baca Lagi:
Lelaki terselamat dari insiden tanah jerlus Masjid India kongsi bagaimana terbuka hati nak masuk Islam
Penduduk kampung resah, ramai yang hilang duit secara tiba-tiba
Tempat awam nak tengok ‘sunset’ pun kena caj sampai RM20?