‘Pertama kali jumpa bilik sewa macam ini’, tergamak tuan rumah jadikan dapur sebagai bilik sewa

‘Pertama kali jumpa bilik sewa macam ini’, tergamak tuan rumah jadikan dapur sebagai bilik sewa

‘Pertama kali jumpa bilik sewa macam ini’, tergamak tuan rumah jadikan dapur sebagai bilik sewa. Disebabkan ingin mengaut keuntungan yang lebih tinggi, seorang tuan rumah tergamak mengubah suai kawasan dapur untuk dijadikan bilik tambahan.

Menurut sebuah hantaran tular di laman Twitter, bilik tersebut hanya boleh memuatkan sebuah katil bujang yang diletakkan di sebelah deretan sinki.

“Pertama kali jumpa bilik sewa macam ini,” tulis pengguna tersebut.

'Pertama kali jumpa bilik sewa macam ini', tergamak tuan rumah jadikan dapur sebagai bilik sewa

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati masing-masing terhadap tindakan tuan rumah yang tidak berperikemanusiaan.

“Kalau jumpa bilik sewa macam ini, tolong buat laporan. Kita kena lawan tuan rumah atau pelabur yang sanggup buat macam ini sekali terhadap penyewa,” kata Syafiq.
“Aku pernah tinggal di rumah sewa yang lebih kurang sama. Lebih teruk, bilik sewa itu kami kena kongsi dua orang. Sudahlah sempit, ada pepijat pula tu,” kata seorang lagi pengguna.
“Kakak saya pernah terkena macam ini. Tuan rumah sampai tambah bilik sebelah dapur. Kalau penyewa nak masuk bilik tu, kena lalu dapur. Tak ada tingkap dan pengudaraan langsung dalam bilik itu,” kata Syaf.

Lokasi rumah sewa tersebut dipercayai di Ipoh, Perak.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 4,671 tanda suka dan 1 juta tontonan.

Baca Lagi:
“Pergi panggil mak ayah dia, kutip anaknya” – Mak ayah sedap landing dalam bilik, anak dibiar kacau org
Doktor sahkan sudah meninggal dunia, tapi bila jenazah dibawa balik rumah bunyi berdengkur seperti orang tidur lena, rupanya ini yang berlaku
Selepas 24 tahun, bekas PA Along Spoon masih trauma ‘peristiwa hitam’, begini kehidupan beliau tanpa suami
CATEGORIES