Persembahan pertama Zamani selepas pembedahan, bikin Aznil Nawawi menitis air mata

Persembahan pertama Zamani selepas pembedahan, bikin Aznil Nawawi menitis air mata

Persembahan pertama Zamani selepas pembedahan, bikin Aznil Nawawi menitis air mata. SELEPAS hampir sebulan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi Zamani muncul buat pertama kali di atas pentas persembahan di pusat membeli-belah DATUM, Jelatek, Kuala Lumpur, malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani menerusi video berdurasi lima minit 15 saat di Instgram yang memaparkan penyanyi Gerimis Mengundang itu aktif di pentas menghiburkan peminat sekaligus memperlihatkan kesihatannya semakin pulih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

“Persembahan pertama selepas menjalani pembedahan tulang belakang. Terima kasih kepada CEO dan warga kerja DATUM kerana menjemput serta pengunjung yang hadir.

“Terima kasih kerana sudi hadir malam tadi,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsian video berkenaan.

Persembahan pertama Zamani selepas pembedahan, bikin Aznil Nawawi menitis air mata

Dalam video terbabit, Zamani dilihat sedang berinteraksi dengna peminat sebelum mendendangkan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal The Flybaits.

Selain peminat, pengacara Datuk Aznil Nawawi antara rakan artis yang gembira melihat perkembangan terkini penyanyi kesayangan ramai itu.

Malah, Aznil turut mengakui menitiskan air mata tatkala menonton video nyanyian Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim,51.

““Allahuakhbar. Terima kasih kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani seperti dahulu.

“Menitis air mata gembira penonton melihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang sebulan selepas pembedahan dilakukan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat Zamani dan mendoakan agar vokalis kumpulan Slam itu terus diberikan kesihatan yang baik.

“Alhamdulillah, semoga terus kembali sihat dan dimurahkan rezeki.

“Masya-Allah abang Zamani sihat kembali.

“Alhamdulillah, semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Suara memang padu,” tulis pengikut di Instagram.

Terdahulu, Zamani yang menderita penyakit skoliosis sejak 2015 itu telah menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan Cheras, Kuala Lumpur.

Baca Lagi:
PAU 2022 ditangguhkan ke 11 Januari 2023 sebab ini
Kenapa PM Anwar tidak pakai tali leher?
Gaji Hakim di Malaysia RM45,150.00 sebulan tak termasuk 20 senarai kemudahan, boleh rambang mata tengok angka dan ayat free ni
CATEGORIES