Persembahan pembukaan Olimpik Paris 2024 paling ‘jijik’ dalam sejarah. Ketika ramai yang berpendapat bahawa acara Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris tidak memenuhi selera para peminat sukan, persembahan pembukaannya juga turut dikecam kerana dianggap sebagai usaha untuk menormalisasikan agenda LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender) ke seluruh dunia.
Kritikan ini timbul selepas satu kumpulan transgender diberi peluang untuk membuat persembahan yang dianggap menghina ‘The Last Supper’, sebuah peristiwa suci dalam agama Kristian.
Antara yang dipersembahkan ketika persembahan tersebut adalah tarian ‘wanita’ berjanggut yang menari di atas platform sambil disorak oleh rakan-rakannya yang lain.
Bekas wartawan Fox News, Kyle Becker, adalah antara yang lantang mengkritik perkara tersebut di Twitter.
“Olimpik Paris 2024 telah menjadi satu acara penuh distopia ‘Woke’. Persembahan pembukaannya dicemari dengan persembahan transgender yang menghina The Last Supper, The Golden Calf, dan kisah Pale Horse daripada Book of Revelation,” tulis Kyle.
Persembahan tersebut jelas menggores hati penganut agama Kristian yang menontonnya, dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana sesuatu seperti itu boleh diluluskan dan ditayangkan di seluruh dunia.
Ramai juga yang membandingkan persembahan pembukaan Olimpik Paris ini dengan persembahan pembukaan edisi sebelum ini, terutamanya Olimpik Beijing 2008, yang dianggap jauh lebih gah dan hanya memfokuskan kepada penganjuran sukan Olimpik tanpa menyebarkan ideologi yang kontroversial.