Perompak tersilap samun, taukey kedai emas juara menembak siap ada piala dalam kedai

Perompak tersilap samun, taukey kedai emas juara menembak siap ada piala dalam kedai

Perompak tersilap samun, taukey kedai emas juara menembak siap ada piala dalam kedai. Percubaan empat lelaki merompak sebuah kedai emas gagal apabila pemiliknya membalas tembakan dalam satu kejadian Khamis lalu di Daerah Mueang, wilayah Tak, Utara Thailand.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular sejak semalam, menunjukkan empat lelaki bertopeng berjalan ke arah pintu kedai emas sebelum salah seorang mula menembak untuk memecah masuk manakala seorang lagi bertindak memotong besi penghadang di kaunter.

Namun, percubaan mereka gagal apabila pemiliknya, Phisit Raphitphan, 41, mengeluarkan senapang patah dan mula membalas tembakan ke arah perompak-perompak tersebut sehingga mereka segera larikan diri.

Perompak tersilap samun, taukey kedai emas juara menembak siap ada piala dalam kedai

Difahamkan, Phisit Raphitphan adalah seorang peminat senjata api dan kerap berlatih di lapangan tembak bersama isterinya sejak lapan tahun lalu serta pernah menjadi juara pertandingan menembak.

Menurut media Thailand, dua orang perompak berjaya diberkas polis dimana salah seorang mengalami cedera parah setelah ditembak Phisit Raphitphan manakala dua orang lagi perompak berjaya melarikan diri.

Perompak tersilap samun, taukey kedai emas juara menembak siap ada piala dalam kedai

Dua lelaki yang ditahan itu dikenali sebagai Der Saetao dan Winai Saewang dan dilaporkan pernah terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di daerah Phop Phra Tak pada 12 Februari lalu.

Baca Lagi:
Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik
CATEGORIES