Perogol bersiri dijatuhkan hukuman penjara selama 650 tahun

Perogol bersiri dijatuhkan hukuman penjara selama 650 tahun

Perogol bersiri dijatuhkan hukuman penjara selama 650 tahun.

Seorang lelaki di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara selama 650 tahun atas jenayah serangan seks yang dilakukannya 35 tahun lalu, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Steven Ray Hessler akhirnya diberkas selepas polis menemui kesan asid deoksiribonukleik (DNA) pada sepucuk sampul bil air yang dijilatnya.

ezgif 4 cb5573a01e 1536x864 1 e1649093776664

Sekitar tahun 1980-an, Hessler menggemparkan daerah Shelby di negeri Tennessee dengan memperkosa wanita di sana.

Dia memecah masuk rumah mangsa dengan bersenjatakan pistol atau pisau sebelum mengikat dan merogol mereka.

Semasa serangannya, Hessler memakai kot besar dan menutup wajahnya dengan topeng atau kain hitam.

Selama 35 tahun, Hessler gagal diberkas, manakala identitinya kekal misteri sehinggalah polis menemui sampul bil air yang mempunyai sampel DNA lelaki itu.

Ia sepadan dengan DNA dari tempat kejadian jenayah terakhirnya yang dilaporkan pada 17 Ogos 1985.

Hessler didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol, enam pertuduhan berkelakuan, tujuh pertuduhan pecah rumah yang mengakibatkan kecederaan, tiga pertuduhan jenayah lain dan satu pertuduhan merompak.

Pendakwa raya Daerah Shelby, James B. Landwerlen berkata, Hessler melakukan jenayah itu idari 14 Ogos 1982 hingga 17 Ogos 1985.

Sepanjang tempoh itu, dia menyerang 10 mangsa dengan kejam termasuk seorang gadis berusia 16 tahun, tujuh wanita dan dua lelaki.

Baca lagi:

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

Kisah lelaki melayu yang berjaya menjadi kaya-raya tersenarai dalam malaysia miliki puluhan Helicopter dan Pesawat

Tak sangka tinggal dirumah usang, tapi ada aset RM1.7juta..Lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *