Pernah dipandu Paul Walker, Nissan Skyline R34 GT-R terjual harga lebih RM6 juta

Pernah dipandu Paul Walker, Nissan Skyline R34 GT-R terjual harga lebih RM6 juta

Pernah dipandu Paul Walker, Nissan Skyline R34 GT-R terjual harga lebih RM6 juta. Kereta itu direka oleh mendiang Paul Walker sendiri, telah dijual melalui Bonhams pada hujung minggu lalu.

Meskipun ada beberapa pertikaian mengenai harga, namun ia mempunyai sebab kukuh kenapa diletakkan harga begitu tinggi, bahkan lebih mahal, lebih kurang sejuta dolar (RM4.4 juta) berbanding di pasaran terpakai.

Sebagai permulaan, Nissan Skyline R34 GT-R adalah salah satu daripada sejarah automotif dan sinematik paling ikonik di dunia.

Pernah dipandu Paul Walker, Nissan Skyline R34 GT-R terjual harga lebih RM6 juta

Kereta ini membintangi Fast and Furious 4, di mana Brian O’Conner memilihnya untuk perlumbaan jalanan berisiko tinggi sebelum diletupkan di sempadan Mexico.

Walau bagaimanapun, kereta dilihat terbakar itu hanyalah sebuah replika.

Apa yang menjadikan kereta ini lebih istimewa ialah sejauh mana ia diubah suai seperti diinginkan oleh Paul Walker.

paul walker nissan skyline r34 mekanika 2

Untuk rekod, Nissan Skyline R34 GT-R berjaya diubah suai oleh Kaizo Industries, menampilkan peningkatan kosmetik selain, ciri mekanikal.

Dari segi kuasa, Nissan Skyline R34 GT-R dikuasakan oleh enjin 2.6 liter twin-turbo straight-six dengan penambahan intercooler baharu.

Terdahulu, kereta itu dipamerkan di Munich Motorworld sejak beberapa tahun lalu sebelum dijual kepada pembida tertinggi.

Baca Lagi:
Yasin Sulaiman diperintah oleh mahkamah ke Tanjung Rambutan, rupanya sebab ini
Duit hantaran kahwin hancur dimakan anai-anai
BTC bakal ‘fly’ hingga $40,000 sekiranya ini yang berlaku
CATEGORIES