Permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 hanya boleh dibuat melalui online

Permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 hanya boleh dibuat melalui online

Permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 hanya boleh dibuat melalui online

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai bahawa permohonan pengeluaran khas RM10,0.00 hanya boleh dibuat secara atas talian melalui portal ‘pengeluaran khas’.

Sehubungan itu, KWSP dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan semua pihak untuk memastikan beberapa perkara dilakukan bagi kelancaran urusan.

“Pertama, nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP; kedua, baki simpanan KWSP disemak.

“Ketiga, nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa) dan akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat,” katanya.

Selain itu, KWSP turut memaklumkan sekiranya ahli yang tidak mempunyai akaun bank, individu tersebut boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran.

“Sila rujuk Soalan Lazim Pengeluaran Khas yang akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya.

Baca lagi: 

PANAS!! Satu gabungan baru dikenali Gerakan Pejuang Nasional (GPN) bakal ditubuhkan oleh Tun M

Juruterbang China Eastern Airlines mungkin pengsan sebelum sedar semula namun sudah terlambat – Pakar Penerbangan

Akibat cemburu lelaki tetak isteri sampai mati

CATEGORIES