Perkhidmatan seks percuma untuk 20 pelumba F1 sebelum pelumbaan Grand Prix Las Vegas

Photo of author

By Joe

Perkhidmatan seks percuma untuk 20 pelumba F1 sebelum pelumbaan Grand Prix Las Vegas. Kesemua 20 bintang Formula Satu (F1) ditawarkan perkhidmatan seks percuma menjelang perlumbaan Grand Prix Las Vegas pada hujung minggu ini.

Tawaran eksklusif ini telah diumumkan oleh dua pekerja perkhidmatan seks yang terkenal di Las Vegas, Addison Gray dan Alice Little yang berkhidmat untuk pusat pelacuran, Chicken Ranch.

Perkhidmatan seks percuma untuk 20 pelumba F1 sebelum pelumbaan Grand Prix Las Vegas

“Mana-mana pelumba yang mahukan jantung mereka berdegup kencang dan merasai kehangatan perlumbaan F1 bersama saya dan Addison akan diberikan perkhidmatan seks percuma.
“Saya juga turut menawarkan potongan harga untuk peminat yang hadir ke Las Vegas untuk menyaksikan perlumbaan pada hujung ini.
“Sejak F1 telah mengharamkan kehadiran gadis-gadis litar di trek perlumbaan pada 2018, acara tersebut dilihat telah kurang menarik,” jelas Gray.

Ini bukanlah kali pertama pusat pelacuran Chicken Ranch menawarkan promosi berkenaan apabila turut pernah melakukan perkara sama ketika meraikan kejayaan Vegas Golden Knights memenangi Liga Hoki Ais Kebangsaan (NHL).

Begitupun prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolf telah melarang ahli pasukannya daripada terlibat dengan aktiviti kurang bermoral seperti berjudi di kasino yang terdapat di sekitar Las Vegas.

“Saya tidak pernah pergi ke Las Vegas tetapi kami akan memastikan bahawa semua orang dalam pasukan untuk menjauhi kasino. Saya tidak sukan berjudi dan saya akan memastikan orang lain juga tidak akan turut sama terlibat,” jelas Wolff.
Baca Lagi:
Lelaki buat rakaman di kampung bunian di Taiping, tak sangka ramai netizen yang boleh nampak ‘makhluk serba putih’
Orangnya cantik dan bijak, inilah pegawai wanita TLDM pertama bergelar pakar musnah peluru dan bahan letupan
Kronologi pembuat roti canai wanita disamun dan dirogol sebelum dibunuh