Perjuangan berakhir di saringan pertama, Ini sebab kenapa penyertaan AzizulHasni Awang dibatalkan. Nasib malang menimpa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, apabila beliau disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, sebentar tadi.
Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik yang bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek, sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Hanya lima pelumba memulakan perlumbaan, dan saringan pertama dimenangi oleh pelumba Australia, Matthew Glaetzer, manakala tempat kedua menjadi milik pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.
Sebagai rekod, dua pelumba teratas dalam setiap saringan akan layak ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung esok.
Dua pelumba teratas dalam ‘repechages’ yang akan berlangsung sekitar jam 1 pagi nanti juga akan mendapat slot ke pusingan seterusnya.
Pada temasya di Tokyo tiga tahun lalu, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara, dengan jaguh berbasikal dari Great Britain, Jason Kenny, merangkul pingat emas, manakala pingat gangsa menjadi milik Harrie Lavreysen dari Belanda.
Selepas ini, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan berentap dalam saringan kelima.
#CyclingTrack Keirin | Insiden yang menyebabkan Dato’ Azizul disqualified. 😩
Saksikan siaran langsung sukan Olimpik #Paris2024 secara percuma di aplikasi Unifi TV📱 Muat turun aplikasi Unifi TV – https://t.co/x1xvm53p9u iOS & Android#KamiTeamMalaysia #SemangatTakTerbatas pic.twitter.com/9nbCU6rBDT
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 10, 2024