Pergaduhan 2 isteri bekas bintang bola sepak terkenal rupanya Fyna Jebat dan Datin Zalina Zaini

Pergaduhan 2 isteri bekas bintang bola sepak terkenal rupanya Fyna Jebat dan Datin Zalina Zaini

Pergaduhan 2 isteri bekas bintang bola sepak terkenal rupanya Fyna Jebat dan Datin Zalina Zaini. Menurut laporan, penyanyi Fyna Jebat, yang dipercayai isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan, bergaduh pada pagi Isnin bersama madunya yang juga bekas bintang bola sepak kebangsaan terkenal era 1980-an dan 1990-an.

Indisen itu berlaku ketika Fyna dikatakan mengunjungi sebuah kedai makan mamak di Seksyen 9, Shah Alam.

Sumber mendakwa bahawa kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

Pergaduhan 2 isteri bekas bintang bola sepak terkenal rupanya Fyna Jebat dan Datin Zalina Zaini

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.
“Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,” kata sumber itu kepada mStar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim kepada Majoriti pada Isnin mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal yang baharu sahaja berkahwin dengan selebriti.

Iqbal mendakwa kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan 160 Kanun Jenayah (mengganggu keamanan) (kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Bagaimanapun, panggilan kepada Zainal dan Fyna tidak terjawab menyebabkan cubaan mStar untuk berhubung dengan mereka tidak berhasil.

Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, sebelum ini mengumumkan sudah berkahwin dengan bekas jurulatih Pahang FC itu yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Fyna meminta orang ramai berdoa untuk kebahagiaan mereka walaupun dia enggan bercakap apa-apa mengenai perkahwinan itu.

Baca Lagi:
Harga makanan di kedai makan masih mahal walaupun semua harga barang sudah turun
Wanita ini senyum je dicerai talak 3 melalui WhatsApp, rupanya…
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
CATEGORIES