“Perangai mak berubah lepas jumpa kawan lama masa reunion, satu hari mak kantoi curang sampai atas katil ketika aku ada dalam rumah”

Photo of author

By Joe

“Perangai mak berubah lepas jumpa kawan lama masa reunion, satu hari mak kantoi curang sampai atas katil ketika aku ada dalam rumah”. Assalamualaikum, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca cerita aku dan terima kasih juga kepada admin sebab tolong siarkan cerita aku. Aku nak cerita pasal “bahana reunion kenalan lama” aku anak kedua dari orang 5 adik beradik.

Dari kecil kami membesar dengan mak sebab ayah selalu outstation, jadi bila kami semua dah besar, ayah pun dah jarang outstation, katanya sekarang waktu untuk luangkan masa bersama family. Tapi semua berubah bila aku beranjak masuk form 4 time ni bapak aku still outstation sekarang aku dah umur 20 tahun, semua terjadi bila mak aku pergi reunion sekolah lama dia, kiranya waktu ni, bapak aku tak ade kat rumah.

Kami pun dah besar so mak aku kata dia dah tak nak jaga anak – anak , (jaga kat sini maksudnya bukan dia tak hiraukan kami tapi dia nak kami jaga diri masing – masing) sebab dulu dia dah kena jaga kami semua so sekarang waktu dia relax lepak – lepak, keluar dengan kawan dia semua.

"Perangai mak berubah lepas jumpa kawan lama masa reunion, satu hari mak kantoi curang sampai atas katil ketika aku ada dalam rumah"

Nak dijadikan cerita, masa first reunion mak aku jumpa la kawan – kawan dia masa waktu sekolah dulu – dulu, kenal balik, ada whatsapp group semua. Jadi setiap sabtu atau ahad dia dengan kawan – kawan dia akan keluar pergi karaoke, pergi dinner la, pergi lepak la seolah – olah dia pula macam remaja.

Kami adik beradik ni macam orang tua pula kena duduk rumah tak keluar, keluar tu keluar tapi tahu limits nak balik rumah balik. Start dari haritu aku dah syak ada sesuatu yang tak kena, mak ada sorang kawan. Kiranya macam kawan baik dia la tapi janda.

Jadi kalau tak keluar dengan geng dia mesti mak keluar dengan kawan dia yang perempuan ni. Haritu aku ikut mak keluar sekali dengan kawan baik mak ni. Kemudian mereka ada cerita tentang seorang kawan mak ni depan aku, mereka cerita pasal si A dengan isterinya.

Kononnya isteri si A ni cemburu dengan mak aku sebab mak aku rapat dengan suami dia, tapi tak apalah mungkin time tu firasat aku je kut. Second aku perasan mak aku ni, dia suka masukkan kata – kata cinta, kata kata sedih (bila dia gaduh dengan jantan tu) tapi yang pelik bukan untuk bapak aku, then bila dia post kata kata sedih aku macam pelik sebab bunyi macam dia tengah kecewa dan sedih seolah – olah dipermainkan, tapi yang pelik dia tak gaduh dengan bapak aku.

Tapi aku diamkan juga mungkin time tu aku fikir mak aku sesaja je kut post benda – benda macam tu. So yang ketiga, dia suka bad mood, mood dia tu bila datang nak marah orang semua dia nak marah sebab bila gaduh dengan jantan tu mesti kami jadi mangsa dan semua orang sekeliling dia marah.

Ada satu haritu aku nak pergi kolej time ni, mak aku tak kerja haritu, tetiba aku dengar ada orang menjerit, rupanya mak aku. Lepastu nangis teresak – esak aku dah pelik la dalam hati aku “aik dah kenapa dia”. Masa tu mak aku tak perasan aku keluar bilik aku, bila aku tutup pintu bilik mungkin dia dengar jadi dia senyap.
Masatu aku malas nak tanya, petang tu dia post ayat – ayat sedih macam kecewa la kat instagram dia, masa time ni aku dah syak ada sesuatu yang tak kena. Untuk pengetahuan korang dulu mak aku ni sekolah menengah kat pondok, sepatutnya tak macam ni perangainya, mungkin dia kejutan budaya, yang geng dia dari kawan – kawan sekolah rendah.

Aku pun pelik asal dia tak cari kawan sekolah tadika dia sekali jee sedangkn aku nak cari kawan sekolah rendah aku susah nak jejak balik tapi dia kemain senang. Tapi tula sekolah je pondok belajar je akhlak semua tapi cara dia bercakap dengan anak dia, pantang salah sikit, semua dia maki.

Dia kan mak tapi mak aku ni kalau apa yang keluar dari mulut dia mesti yang tak elok, apatah lagi dengan bapak aku langsung tak ada adab. Kekadang babi, b0d0h, orang tua la (bapak aku) kadang – kadang sakit hati dengar dia cakap macam tu.

Awal tahun lepas, aku terdetik nak buka phone dia, memula curi – curi tengok password dia, masa dia tinggalkan phone dia. Aku buka senyap – senyap alangkah terkejutnya bila aku baca perbualan dia dengan jantan tu. Dah la lucah pastu rupanya dorang pun pernah berzina, bila baca aku tak sangka perangai mak aku macam ni, sedih sangat.

Dia didik aku tapi kenapa dia jadi macam ni sekali, aku pun amik gambar sebagai bukti nak tunjuk kat bapak aku. Jadi tekaan aku selama ni memang betul la, yela bayangkn mak aku tak gaduh dengan bapak aku tapi bila dekat instagram dengan fb asyik post kata – kata sedih macam orang putus cinta, macam seolah – olah tengah gaduh dengan seseorang.

Sampai sedara mara semua tanya “ibu gaduh dengan ayah ke”, “kenapa post ibu sedih – sedih” aku pun masa tu tak tahu nak cakap macam mana. Bila aku dah dapat bukti, kononnya nak slowtalk dengan bapak aku la nak tunjuk bukti tapi aku tengok muka bapak aku, aku jadi sedih tak jadi nak beritahu dan mula aku jauhkan diri dari bapak aku sebab aku rasa berd0sa sangat sebab sembunyikan perkara ni dekat dia.

Aku banyak diamkan diri dengan dia, bila bapak aku sweet – sweet dengan mak aku, aku jadi sedih sebab mak macam tak rela pun semua tu sebab mungkin hati dia bukan dekat bapak aku dah. Cara bapak tu memang sayang sangat kat mak aku, semua dia sanggup buat untuk mak aku.

Sampai satu tahap iaitu bulan lepas, mak aku gaduh dengan bapak aku sampai nak lari rumah benda kecik je tapi macam besar. Masa ni aku rasa mungkin jantan b0d0h tu yang hasut, jadi aku bagitahu bapak aku semuanya, sebab aku tak sangup nak tengok mak perb0d0hkan bapak aku sampai macam tu sekali.

Bila semua benda aku cerita kat bapak aku, bapak aku terkejut sangat nasib baik dia percaya kat aku sebab dia pun ada syak sesuatu kat mak aku selama ni. Bila semua dah terb0ngkar siapa lagi yang paling sedih bapak aku la paling sedih.

Bila bapak aku tanya mak aku pasal benda ni, mak aku marah sangat sebab yela mungkin dia tertanya mana bapak aku tahu, dia persoalkan semua apa yang bapak aku tanya pasal jantan tu. Dia tuduh bapak aku buka phone dia la apa la, sepatutnya mak aku tak payah la persoalkan benda benda macam ni balik kat bapak aku macam seseolah bapak aku soal anak dia kenapa bercinta dengan jantan lain plak?

Dia ni bini kut, bini pula marah bila suami buka phone bini sendiri aduhh parahhh. Pergi jela minta maaf dengan bapak aku dan mengaku je, ni tak dia boleh marah – marah bapak aku lagi adalah haih. Sepanjang 20 tahun aku hidup dengan bapak aku, tak pernah aku tengok dia nangis.

Tapi lepas kejadian ni aku tengok bapak nangis, sayunya tengok bapak sendiri macam tu, sebab bagi aku dia tak patut terima semua ni. Bapak aku baik orangnya, tak pernah marah – marah, lemah lembut je cakap. Orang semua suka dia, cakap dengan kami pun baik tak ade nak marah – marah maki – maki.

Tanggungjawab pun dia tak pernah abaikan, kiranya dia kerja dia tinggalkan kami sekeluarga tu pun sebab nak bagi kami hidup mewah. Tapi mak aku marah bila bapak aku tanya kenapa buat macam ni, jawapan mak aku sebab bapak aku tak ade masa dengan dia, terIampau sibuk dengan kerja tapi dia lupa ke bapak aku buat semua ni untuk dia juga.

Dia juga yang suruh masa dulu kami susah, sampai bapak aku tersinggung la juga bila bapak aku cerita kat aku. Bapak aku ni dia tak ada la sweet mana, tapi aku tengok dia cuba nak jadi sweet, buat kelakar la, beli hadiah la apala tapi mungkin mak aku tak nampak, kemudian bapak aku cakap kat ak , “Setakat jantan b0d0h tu sayang – sayang sikit, sweet – sweet sikit mak kau dah cair macam la kenyang bila jantan tu cakap sayang, sweet dengan dia semua tu, macam la selama ni mak aku senang, dapat duit bila jantan tu cakap sayang atau sweet – sweet.” aku gelak je.

Jantan yang kacau family aku ni, entah anak bini makan ke tak kat rumah entah sibuk bercinta je, main phone kacau bini orang dasar tak guna. Kalau mak aku selama ni dia tak kacau duit ayah aku tak apa, tapi semua benda nak branded, kereta setiap tahun tukar, rumah nak renovated kasi besar bayar guna apa semua tu??? Duit gaji dia?? Duit jantan tu ke??? Mesti la bapak aku!!

Bertapa untungnya aku bila dia beli kereta untuk aku ulang alik dari kolej ke rumah, kereta yang dia beli untuk aku bukannya biasa – biasa. Aku kadang – kadang tak reti bersyukur aku siap cakap tak larat nak bawak kereta sebab jem, so dia sewakan kondo dekat dengan kawasan kolej aku padahal rumah family aku dengan kolej tak adelah sampai 1 jam pun, dalam 45 minit je tu pun kalau tak jem.

Mungkin dia tak nak aku kena bangun awal pagi sebab nak kena redah jem, so dia sewala rumah untuk aku dengan kawan – kawan tinggal. Jadi kawan – kawan aku agak beruntung sebab tak yah duduk hostel. Dorang duduk je dengan aku, transport free, makan je la tak free kami kena masak or makan luar.

Kemudian dalam dua minggu lepas, pukuI 3 pagi macam tu, aku terjaga. Aku keluar bilik tengok bapak tengah solat. Cara dia berdoa pada Allah sangat la sedih, teresak – esak, tersedu – sedu mengadu kat pencipta dia, Mungkin ada sebab Allah bagi ujian macam ni dekat bapak, dia terasa teran1aya dengan mak.

Mungkin dia percayakan mak 100% tapi kesudahannya, kesian sangat sampai air mata aku keluar tengok dia. Kalau mak aku tengok, apa perasaan mak aku bila dia tengok bapak macam tu? Dia tahu tak bapak aku tersiksa jiwa raga dia?

Tapi dia nyenyak je tidur macam seolah – olah dia buat d0sa kecil, berz1na dengan laki orang. Dia bini orang bukannya janda ke anak dara ke, BINI ORANG !! TAK MALU KE !! HAIH GERAM AKU. Ada satu haritu bapak ketuk pintu bilik aku pukuI 2 pagi, aku pun keluar tengok – tengok dia tengah nangis, Ya Allah masa tu aku tanya ayah kenapa nangis ni, bapak aku peIuk aku lama giIa.

Basah baju aku sebabkn air mata dia, masa ni memang aku nampak bapak aku sedih sangat tapi dia tak tahu nak describe macam mana. Masa dia nangis tu dia tak cakap apa – apa dia hanya usap kepala aku then dia kata tak apala pergi tidur.

Kemudian dia keluar aku jadi macam kaku. Mungkin dia nak lepaskan kesedihan dia kat aku dengan cara menangis, but its okay la. Sepanjang sebulan ni memang bapak aku tak tidur semua sebab mak aku, tapi aku tengok mak relax je masih whatsapp, main phone, laki tu still like gambar mak aku, macam tak ada apa – apa yang berlaku.

Kadang – kadang geram juga dengan mak, mak ni orangnya solat tapi kenapa dia perangai macam ni?? Dia solat mesti dia takut dengan Allah tapi bila buat maksiat tak takut pula?? Mana iman dia selama ni, mana dia letak agama dia, mana letak status dia sebagai isteri dia?

Disebabkan jantan tu dia lupa semuanya termasuk dengan anak dan suami. Jantan tu pun bod0h, ada sekali bapak aku jumpa dia, main salah menyalah pula dia. Katanya mak aku yang gataI, sayang kat dia semua tu. Yang mak aku ni kata lelaki tu yang gataI, yang mesej dia dulu la apa la.

Dedua b0d0h ingat remaja ke nak bercinta – cinta ni. Bila bapak aku tanya ada ke niat nk kawin? Jawapan jantan b0d0h tu kata “tak ade pun just suka – suka”. Umur dah nak masuk 50-an kubur pun dah kata mari, kau boleh lagi hidup macam remaja dengan maksiat semua tu?

Aku yang umur 20 tahun ni pun tak ada bf lagi. Sekarang ni pun aku tengok mak aku baran sangat dengan bapak aku, cakap pun kasar – kasar tapi yang pelik bapak aku ni tahan sangat dengan perangai dia. Pernah sekali aku tanya kenapa ayah tak nak ceraikan ibu? Dia hanya cakap je biar Allah je baIas, kita doakan ibu je ye.”

Ya Allah baiknya la bapak aku ni. Ya Allah kau baIasla balik kebaikan yang bapak aku buat sekarang, kesabaran dia dengan anak – anak, isteri, kau panjangkan la umur bapak aku tengok anak – anak dia berjaya, kau murahkan la rezeki dia, kau berilah kesihatan yang baik untuknya, kau hapuskanlah kesedihan dan kesakitan yang dia hadapi sekarang ni, kau ampunilah d0sanya aminn!!”

Cerita yang aku cerita ni bukan aku nak burukkan mak aku dan aku doakan mak aku berubah. Saya tahu ibu ada dalam ni. Kurangkan la marah dan caci maki ibu tu pada anak – anak or ayah, takut suatu hari nanti bila Allah tu tarik balik kecantikkan yang ibu ada sekarang, kekayaan yang ibu ada sekarang , nikmat berjalan di mana ibu sedang berjalan sekarang ni, nikmat merasa yang ibu sedang rasa sekarang ni, dan lain – lain nikmat yang ibu ada ni dah tak ada.

Kami adik beradik la yang akan jaga ibu tapi mungkin dalam keadaan benci pada ibu sendiri, sebab ibu kena ingat mana datang kami ni adalah dari corakkan ibu juga. Takut ada yang maki sesama sendiri sebab tak nak jaga ibu, sebab masa ni ibu dah tak ade apa – apa dah, yang ibu ada KAMI.

Buat ayah mungkin dah tak ade hati dengan ibu masa ni, mungkin ibu akan terk0ntang – kanting. Saya bukan berdoa nak ibu keadaan macam tu, tapi ibu kena ingat tak semua orang akan selamanya akan tahan dengan ibu kalau perangai ibu macam ni.

Berubahlah ibu selagi ada peluang, peluang hanya datang sekali. Jangan tersilap langkah dengan apa yang ibu buat. Kalau ibu rasa tak ade kami pun tak apa? Hidup ibu bukannya kat atas selamanya suatu hari nanti ibu akan ke bawah juga, ibu rasa kalau ibu susah kawan – kawan ibu akan tolong ibu?

Percaya la ibu tak akan ada kawan ibu yang ada dengan ibu bila ibu dalam keadaan susah. Mungkin untuk 5 hari atau 6 hari tapi bukan selamanya. Dan jantan bod0h tu nak tolong ibu? Pun jangan mimpi kalau dia sayang ibu, dia tak akan buat bini dia macam tu. Bila – bila masa je dia boleh buat ibu macam mana dia buat dekat bini dia. -sadyyf

Baca Lagi:
Pelajar 13 tahun jadi ketua geng curi motor di Melaka
“Mesin jual makanan dah jadi mesin jual peluru senjata api”
Nampak isi macam buruk tapi harga RM1,000 sebiji durian Tupai King