Perang Rusia-Ukraine : Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun buat pasukan perubatan menangis

Perang Rusia-Ukraine : Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun buat pasukan perubatan menangis

Perang Rusia-Ukraine : Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun buat pasukan perubatan menangis. Sebuah hospital di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine kecoh apabila sebuah ambulans tiba dengan membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Kanak-kanak itu dilapor mengalami kecederaan serius akibat terkena tembakan pihak tentera Rusia.

Dalam video yang dikongsikan oleh agensi berita APTN, pakar perubatan dilihat bertungkus-lumus cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu tiba dalam keadaan tidak bernyawa, bapanya pula cedera parah.

Perang Rusia-Ukraine : Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun buat pasukan perubatan menangis

Dalam video yang dikongsikan oleh agensi berita APTN, pakar perubatan dilihat bertungkus lumus cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu tiba dalam keadaan tidak bernyawa, bapanya pula cedera parah.

Namun, tragisnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Kematian kanak-kanak itu jelas menjentik emosi kakitangan, apabila beberapa petugas perubatan mengalirkan air mata manakala seorang lagi meluahkan kata-kata kasar terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Tunjukkan ini kepada Putin, mata kanak-kanak ini dan para doktor yang menangis.

“Saya harap dia (Putin) akan mati,” katanya dengan nada marah bercampur kecewa.

Pasukan perubatan gagal menyelamatkan kanak-kanak itu.

Semasa doktor merawat kanak-kanak itu, bapanya dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama.

Ibunya pula dilihat duduk bersendirian di koridor, menyusun barang-barang yang dibawa semasa mereka ke hospital.

Mengikut rekod, ini bukan kematian pertama melibatkan kanak-kanak dibawah usia 18 tahun susulan perang yang memuncak antara Moscow-Kyiv.

Pada 26 Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki juga berusia 6 tahun warga Ukraine turut dilapor meninggal dunia kerana terkena peluru dibedil Rusia.

Baca Lagi:

Pesawat terbesar di dunia hancur akibat serangan Rusia di Ukraine

Putin arahkan Pasukan Nuklear Rusia siap siaga

[VIDEO] Kapal korek rempuh tiang kabel elektrik, 3,000 penduduk bergelap

 

CATEGORIES