“Penyondol dalam keluarga sendiri”- Wanita kongsi detik hitam kakak ipar hamil anak suami sendiri. Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit yang dialaminya apabila suaminya dan kakak ipar sendiri menjadi sumber konflik dalam hubungannya dengan keluarganya.
Kakak ipar yang sepatutnya dianggap seperti kakaknya sendiri dikatakan cuba merosakkan hubungan keluarganya dengan menyebarkan fitnah, mencuri wang, dan menjadi punca kekacauan dalam keluarga tersebut.
Jelasnya, selama 11 tahun kakak iparnya menjadi sebahagian daripada keluarga besarnya dan dekat dengannya, ternyata wanita itu mempunyai niat terselindung di mana dia secara senyap-senyap menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan suaminya yang sudah berkahwin selama 12 tahun.
Pada awalnya, dia dan suaminya sangat gembira walaupun mereka tidak diberikan rezeki untuk memiliki anak sehingga mereka dikurniakan kembar setelah 7 tahun hidup berumahtangga pada masa itu. Anak-anak kembar itu menjadi sinar dalam hidupnya.
Namun, dugaan bermula ketika terjadi konflik kecil antara suaminya dan ibu bapa wanita ini, di mana kakak iparnya menjadi pencetusnya.
Dia juga mendapati bahawa kakak ipar dan suaminya mempunyai hubungan sulit yang sangat mengecewakan, namun aduanannya tidak dipedulikan oleh pejabat agama. Namun, kerana mengambil kira nasib anak-anak, wanita ini berusaha untuk mengekalkan perkahwinannya.
Sejak itu, dia kerap menerima ancaman melalui media sosial dan mesej dari individu yang tidak dikenali yang bertujuan untuk menggugat perkahwinannya.
Konflik yang melibatkan perselingkuhan dengan suaminya dan sikap toksik kakak iparnya terhadap keluarganya berakhir apabila dia mendapat berita bahawa kakak iparnya mengandung dan hubungan kakak ipar dengan suaminya, yang juga abang kandungnya sendiri, kembali baik.
Namun, tiba-tiba abang kandungnya menolak kehamilan isterinya dan meminta untuk menggugurkan anak tersebut kerana meragui keturunan tersebut bukan dari dirinya, sebelum akhirnya menerima dengan ikhlas selepas dipujuk oleh ahli keluarga kerana anak perempuan itu adalah anak pertama mereka.
Malah, wanita ini kembali rapat dengan kakak iparnya, mereka kerap berhubung dan ada kalanya, dia datang melawat wanita ini, namun wanita ini mula syak sesuatu apabila kakak iparnya, berusaha keras untuk bersua dengan suaminya tetapi suaminya cuba mengelak.
— AE (@arfdy12) July 21, 2024
Nak dipendekkan cerita hubungan antara dia dengan suami yang semakin pulih kembali keruh dengan campur tangan kakak iparnya dan hubungan sulit mereka mula terbongkar apabila abang kandungnya merampas telefon bimbit kakak iparnya itu dan melihat segala perbualan antara kakak ipar dan suami wanita ini.
Malah, bagi menjawab persoalan mengenai status anak yang kepada kakak iparnya itu, mereka melakukan ujian DNA dan keputusan mendapati bahawa anak tersebut bukanlah dari benih abang kandungnya.
Situasi menjadi tegang apabila kakak iparnya masih berusaha keras untuk menafikan hal ini, namun suami kepada wanita ini akhirnya membuka mulut menceritakan hal sebenar sebelum suaminya itu membuat keputusan untuk mengundurkan diri.
Boleh baca kisah penuh disini.
— AE (@arfdy12) July 21, 2024
Walaupun dia telah bercerai dengan suaminya dan abang kandungnya telah menceraikan kakak iparnya, diketahui bahawa bekas kakak iparnya masih aktif mencemarkan nama baik mereka sekeluarga.
Wanita ini merasakan penting untuk berkongsi kisahnya ini kerana dia ingin menegakkan keadilan bagi abang kandungnya yang telah menjadi mangsa fitnah bekas isteri kakak iparnya sendiri.