Penyokong Malaysia pakai jersi Kedah dihalau masuk stadium Qatar, disangka penyokong LGBT

Penyokong Malaysia pakai jersi Kedah dihalau masuk stadium Qatar, disangka penyokong LGBT

Penyokong Malaysia pakai jersi Kedah dihalau masuk stadium Qatar, disangka penyokong LGBT. Di sebalik kehangatan Piala Dunia di Qatar yang semakin menghampiri kemuncak, ada berita menarik apabila seorang penyokong Malaysia dilarang memasuki stadium kerana jersi yang dipakainya disyaki mempunyai unsur-unsur promosi LGBT.

Zulfadli Ahmad Tajuddin, penyokong yang datang dari Johor itu ditahan hampir setengah jam untuk disiasat selepas jersi berpetak warna-warni itu menimbulkan keraguan pihak keselamatan di pintu masuk stadium kerana disyaki mempunyai unsur-unsur warna pengamal LGBT.

Fahaman dan promosi LGBT buat pertama kalinya dilarang di Piala Dunia apabila Kerajaan Qatar bertegas menghalang serta mengharamkan sebarang fahaman atau unsur promosi golongan songsang ini.

Penyokong Malaysia pakai jersi Kedah dihalau masuk stadium Qatar, disangka penyokong LGBT

Zulfadli yang memakai jersi pasukan bola sepak Kedah yang mempunyai corak berpetak warna-warni berkata dia ditahan hampir setengah jam di pintu masuk Stadium Al-Byat sementara menantikan pihak keselamatan mendapatkan maklumat mengenainya.

“Saya terpaksa google dan menunjukkan gambar jersi ini sebenarnya adalah jersi rasmi sebuah pasukan bola sepak di Malaysia,” dedahnya ketika ditemubual dalam program Dari Tepi Padang bersama pengulas sukan tanahair, Datuk Jasni Shafie di Qatar.

Menurutnya, selepas melihat gambar itu dan pegawai atasan keselamatan stadium berpuas-hati, barulah dia dibenarkan memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Ditanya oleh Jasni mengenai perasaannya ketika itu, beliau berkata: “Saya cemas dan sudah mula membayangkan akan kecewa amat sangat kalau tak dibenarkan masuk. Saya difahamkan bahawa mengamalkan seks songsang (LGBT) di Qatar adalah dilarang sama sekali dan boleh dipenjara,” katanya.

Pengalaman menarik Zulfadli ini boleh diikuti dalam program Dari Tepi Padang yang bersiaran di facebook dan youtube. Peminat boleh melayari program ini di https://fb.watch/hnEJnKvY0u/.

Program Dari Tepi Padang ini bersiaran secara langsung dari Malaysia dan Qatar dengan membawakan pelbagai cerita di balik tabir sebagai informasi kepada peminat bola sepak tanahair.

Ia juga menawarkan hadiah melalui kuiz bola sepak dengan hadiah bonanza pakej percuma menonton perlawanan Manchester United di Old Trafford.
Baca Lagi:
[VIDEO] Penduduk gempar Rusa masuk bandar Jerantut
Pelanggan bersama bayi nyaris dihempap siling bazar runtuh
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
CATEGORIES