Penyokong Jerman patah tangan selepas terkena sepakan bola daripada Niclas Fullkrug

Penyokong Jerman patah tangan selepas terkena sepakan bola daripada Niclas Fullkrug

Penyokong Jerman patah tangan selepas terkena sepakan bola daripada Niclas Fullkrug. Seorang penyokong Jerman mengalami nasib malang apabila tangannya patah selepas terkena sepakan kuat dari penyerang Borussia Dortmund, Niclas Fullkrug.

Menurut perkongsian di laman X, penyokong yang dikenali sebagai Kai Flathmann itu mengalami kecederaan tersebut semasa Die Mannschaft sedang melakukan sesi pemanasan sebelum perlawanan Euro 2024 menentang Scotland pada Sabtu lepas.

Difahamkan, Flathmann yang duduk di barisan hadapan berhampiran gol di Allianz Arena terkejut apabila terkena bola yang dilontarkan oleh Fullkrug.

Penyokong Jerman patah tangan selepas terkena sepakan bola daripada Niclas Fullkrug

Keadaan tersebut memaksa Flathmann menyanyikan lagu kebangsaan Jerman sambil diusung sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Saya menyanyikan lagu kebangsaan sambil diusung, saya tidak tahu sama ada nak menangis atau ketawa.
“Malangnya, saya terpaksa melepaskan impian untuk menghadiri perlawanan pembukaan Euro 2024, tetapi bila lagi saya akan mempunyai peluang apabila tangan dipatahkan oleh Fullkrug,” katanya.

Walau bagaimanapun, penyerang Jerman itu telah memohon maaf dengan memberikan jersi kepada penyokong yang terlibat.

Fullkrug kemudian membuat penampilan sebagai pemain gantian dan mencatat gol keempat bagi Jerman.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan besar 5-1 bagi Jerman menentang Scotland.

Baca Lagi:
Pengantin lelaki dipukul selepas Ijab Qabul
Jemaah haji Indonesia menjerit minta duit depan Kaabah
“Lama sangat salam jual beli, lembu sempat lari dulu”
CATEGORIES