Penyokong bola Selangor FC kena culik di stesen minyak NKVE dengan Ultras Perak FC. Kekecohan dilaporkan terjadi antara penyokong Selangor FC dan Perak FC berdasarkan sebuah video viral di sebuah stesen minyak berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada hari Ahad.
Menurut klip yang dimuat naik di akaun X rdh8tv, sekumpulan penyokong Pasukan The Bos Gaurus (TBG) dikatakan menghadapi seorang penyokong Selangor FC yang didakwa merupakan sebahagian dari kumpulan ultras.
Kekecohan bermula apabila bas yang ditumpangi oleh kumpulan ultras Perak dilaporkan dilempari batu di lebuh raya oleh tiga penyokong kasual Selangor.
Kerana marah dengan tingkah laku itu, mereka dikatakan telah mengejar ketiga-tiga individu tersebut yang kemudiannya berhenti di stesen minyak di lebuh raya tersebut untuk mengisi petrol.
Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyokong dari pasukan Lembah Klang itu apabila penyokong TBG berjaya menangkap salah seorang daripada mereka manakala dua lagi yang terlibat berjaya melarikan diri.
Berdasarkan video yang dimuat naik, penyokong setia Selangor FC itu hanya duduk diam apabila diheret ke dalam bas yang dipercayai milik penyokong TBG.
Perkara ini kerana kelihatan kira-kira puluhan penyokong Perak FC berada di stesen minyak tersebut, yang setiap satu daripadanya meminta agar keadaan tidak menjadi lebih huru-hara.
Sementara itu, Pusat Kawalan Trafik Persekutuan (FTCC) telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan tiga penyokong Selangor FC telah ‘diculik’ dalam kejadian tersebut.
“Diterima maklumat berkenaan kes ‘culik’ melibatkan penyokong bola sepak pada pukul 9.45 malam, yang melibatkan tiga buah bas penyokong Perak FC yang menculik penyokong Selangor FC,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, berbagai insiden pergaduhan pernah dilaporkan setiap kali kedua-dua pasukan bertembung, yang mana aksi antara skuad Gergasi Merah dan skuad TBG dikenali sebagai ‘El Clasico Malaya’.
The Supporters Perak sapu budak Casual Selangor kat Petronas NKVE. Katanya budak tu baling batu kat highway, pastu berenti isi minyak kat Petronas NKVE. 3 orang, 2 sempat lari, 1 kena ni bawa masuk bas. pic.twitter.com/Z0R8sMvcYG
β π °ππ ° π΅πΈπ²πΎ (@rdh8tv) June 23, 2024