Penyewa ditemui meninggal dunia dalam rumah, owner kunci pintu dari luar sebab berbulan tak bayar sewa

Photo of author

By Joe

Penyewa ditemui meninggal dunia dalam rumah, owner kunci pintu dari luar sebab berbulan tak bayar sewa. Bau pelik membongkar penemuan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun dalam sebuah rumah di kondominium di Petaling Jaya.

Lebih memeranjatkan, mayat itu dijumpai di dalam rumah yang dikunci dari luar oleh pemilik kediaman terbabit gara-gara sudah 3 bulan tidak membayar sewa.

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, dia tidak dapat meminta bantuan kerana tiada wang untuk tambah nilai telefon bagi membuat panggilan.

Penyewa ditemui meninggal dunia dalam rumah, owner kunci pintu dari luar sebab berbulan tak bayar sewa

Dalam pada itu, tuan rumah berkenaan menafikan sengaja mahu mengurung mangsa sebaliknya tidak tahu keberadaannya di dalam semasa mengunci pintu rumahnya pada 2 Julai lepas.

Katanya, mangsa sudah dihubungi lebih dari 30 kali namun tidak mengangkat dan disebabkan itu pemilik terbabit tidak memecah masuk untuk periksa jika penyewanya ada di dalam.

Dia turut mempersoal mengapa mangsa tidak mencari jalan dan mendakwa ada cara lain untuk keluar dari unit itu iaitu menerusi balkoni di ruang tamu atau dapur (yang berdekatan dengan unit lain).

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati penyewa meninggal dunia akibat serangan jantung, bukan disebabkan kelaparan.

Tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Baca Lagi:
Guru wanita tampar murid guna buku teks, siap ajak satu kelas ikut tampar sekali
Lelaki swap Iphone 14 Pro Max dengan Proton Wira enjin 1,600cc, ramai netizen puji ia satu tindakan yang bijak
Jadi tanda tanya kenapa binatang sebesar buaya tiada gelombang air ketika berenang, rupanya sebab ni ramai tak tahu