Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes dadah

siakap keli thumbnail 6 4 740x387 1 e1648175346706

Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes dadah.

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya hari ini.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *