Penyanyi Malaysia maut terjatuh bangunan stesen MRT

Penyanyi Malaysia maut terjatuh bangunan stesen MRT

Penyanyi Malaysia maut terjatuh bangunan stesen MRT.

Eison Chai, 40 penyanyi Malaysia yang menetap di Taiwan, dilapor maut selepas terjatuh dari bangunan stesen MRT Luzhou, New Taipei pagi tadi.

Polis New Taipei menyatakan bahawa Chai dipercayai terjatuh berhampiran pintu keluar stesen MRT Luzhou pada 10 pagi ini.

Pihak polis menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan, namun tiada maklumat lanjut yang dapat dikongsikan.

Mendiang Chai merupakan pemenang pertandingan nyanyian Super Idol Taiwan Musim kedua pada tahun 2008.

Penyanyi itu telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Taiwan, Hitomi Wu.

Baca Lagi:

Cipta sejarah : Lelaki berjaya ‘swap’ motorsikal RXZ dengan tanah lot

Ini pemilik sebenar kapal layar ‘superyacht’ yang lalu sungai Perlis, lelaki berusia 73 tahun

Kanak-kanak maut terkena sengatan ‘obor-obor’ di Pulau Pangkor

CATEGORIES