Penyanyi dan pelakon Aman Shah meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon Aman Shah meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon Aman Shah meninggal dunia.

Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung.

Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing.

Penyanyi dan pelakon Aman Shah meninggal dunia

Anne memberitahu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini.

Sementara itu, Harian Metro berjaya menghubungi pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.

“Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya.

Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Baca Lagi:

Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat

Ejen wanita produk kosmetik diculik 3 lelaki di Kelantan

Ini fakta yang perlu anda tahu kenapa harga tiket ke Sabah dan Sarawak mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *