Penumpang tergantung secara terbalik di udara, putaran permainan Aero 360 rosak

rider stuck e1654356561120

Penumpang tergantung secara terbalik di udara, putaran permainan Aero 360 rosak.

Sebuah permainan Aero 360 di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berhenti di tengah-tengah putaran sehingga menyebabkan pengunjung tergantung di udara, lapor laman berita India Today, semalam.

Insiden menakutkan itu berlaku di Taman Kennywood, barat Pennsylvania pada Isnin lalu. Video kejadian telah disiarkan di laman YouTube.

Rakaman menunjukkan sebilangan pengunjung di taman hiburan itu sedang tergantung secara terbalik pada permainan Aero 360.

Penumpang tergantung secara terbalik di udara, putaran permainan Aero 360 rosak

“Pegawai sedang menyiasat kejadian di mana sebilangan pengunjung tersangkut dalam permainan Aero 360 di Taman Hiburan Kennywood, barat Pennsylvania.

“Pengunjung telah dipindahkan dan pegawai memaklumkan tiada siapa cedera,” demikian kapsyen pada klip video berkenaan

Menurut laporan, pihak pengurusan mengarahkan permainan itu kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

“Kakitangan penyelenggaraan bertindak balas dengan dengan pantas mengubah kedudukan permainan itu dan memindahkan pengunjung dengan selamat.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Permainan itu masih ditutup sementara siasatan dijalankan,” kata jurucakap taman itu.

Baca Lagi:

Lelaki mengaku bunuh wanita Thai, mayat dikerat dan disumbat dalam beg dicampak ke sungai

Cara atasi dengan mudah “kalau tombol pintu selalu terkunci dari dalam”

Enam beradik lemas dalam perigi dicampak ibunya sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *