Penumpang rakam detik cemas dalam pesawat ketika alami ‘Air Turbulence’

Photo of author

By Joe

Penumpang rakam detik cemas dalam pesawat ketika alami ‘Air Turbulence’.

Apabila menaiki kapal terbang, pastinya ramai diantara kita yang merakamkan detik indah seperti pemandangan dari atas pesawat, makanan yang menarik dan banyak lagi.

Pun begitu, lain pula rakaman yang tular kali ini dimana memaparkan situasi panik para penumpang yang cemas apabila pesawat Garuda dilanda gelora udara atau ‘air turbulence’.

Alami ‘Air Turbulence’, penumpang rakam detik cemas dalam pesawat

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @fakta.indo di laman Instagram, dapat kita dengar ada suara yang menjerit ketakutan, kanak-kanak yang menangis dan juga ada yang beristighfar. Malah, dapat juga kita lihat ada beberapa individu yang memegang kerusi hadapannya dengan kuat.

“Detik-detik pesawat Garuda yang menuju ke Palu alami gelora udara, suasana di kabin pesawat sangat tegang, Pesawat Garuda Indonesia dari Makassar-Palu dalam keadaan bergelora dan bergoyang kuat pada 29 Mei lalu”, tulis admin

Difahamkan, pesawat Garuda Indonesia dengan nombor pendaftaran GA 608 yang berlepas dari Makssar itu dijadualkan mendarat di Bandar Mutiara Sis Aljufri Palu, Sulawesi Tengah (Sulteng), sekitar 14.45 waktu tempatan.

“Namun, saat tayar pesawat hampir menyentuh landasan, tiba-tiba juruterbang membatalkannya kemudian terus naik dan berbelok ke arah kanan.”

Suasana tiba-tiba berubah tegang apabila suara kanak-kanak menjerit ketakutan. Pesawat gagal mendarat disebabkan adanya angin puting beliung”, ujarnya.

Alami ‘Air Turbulence’, penumpang rakam detik cemas dalam pesawat

Walaupun mengalami kelewatan selama 25 minit namun pesawat tersebut berjaya mendarat pada pukul 15:10 waktu tempatan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut seram melihat kejadian tersebut yang sememangnya jarang berlaku malah tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan pesawat yang sebelum ini terhempas.

Manakan tidak, air turbulence pun keadaan sudah begitu, apatah lagi keadaan mereka yang terhempas dan sebagainya. Sungguh menyayat hati dan tidak dapat digambarkan.

Alami ‘Air Turbulence’, penumpang rakam detik cemas dalam pesawat

Alami ‘Air Turbulence’, penumpang rakam detik cemas dalam pesawat

Baca Lagi:

Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

[VIDEO] Roti canai terbang ke muka pelanggan, tauke kedai bayar pampasan