Penumpang panik ‘power bank’ meletup dalam kapal terbang

Photo of author

By Joe

Penumpang panik ‘power bank’ meletup dalam kapal terbang. Seorang penumpang sebuah penerbangan berkongsi pengalaman yang mendebarkan apabila asap tebal muncul secara tiba-tiba dari bahagian hadapan kabin pesawat.

Situasi berkenaan berlaku selepas sebuah power bank yang digunakan oleh salah seorang penumpang pesawat tersebut meletup. Power bank berkenaan ketika kejadian sedang digunakan untuk mengecas peranti iPad.

Ekoran itu, juruterbang yang bertugas terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Penumpang panik 'power bank' meletup dalam kapal terbang

Menurut SCMP, ketika kejadian pesawat berkenaan sedang dalam pernerbangan menuju Shanghai dari Pulau Boracay, Filipina.

Rakaman yang menunjukkan situasi panik dalam kabin pesawat ketika kejadian turut menjadi tular di media sosial. Penumpang-penumpang yang berada di bahagian hadapan dilihat bergegas ke bahagian belakang pesawat sambil menutup hidung dan mulut mereka.

“Saya tiba-tiba melihat asap tebal, kemudian ada bau terbakar yang menyengat,” kata seorang saksi.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan

Menurut saksi yang lain, seorang pramugari bertindak meletakkan power bank tersebut di dalam tandas pesawat.

Kemudian, krew kabin mengedarkan botol air dan kertas tisu kepada penumpang pesawat supaya mereka dapat menutup mulut dan hidung daripada terhidu bau asap.

Menurut SCMP, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku yang berpunca daripada insiden tersebut.

Sebaik sahaja pesawat mendarat, anggota penyelamat dan kakitangan penyelenggaraan dikerah untuk memeriksa keadaan penumpang dan pesawat agar selamat untuk dioperasikan.

Krew kabin turut memeriksa semula semua barang-barang milik penumpang sebelum penerbangan diteruskan menuju ke Shanghai.

Baca Lagi:
Bukti buaya betina boleh bertelur tanpa mengawan
“Pelik keputihan isteri semakin banyak, suami kerap tidur lewat, rupanya ini yang suami buat ketika isteri tengah tidur”
Joey kongsi cara nak kenal pasti seluar jeans mahal & berkualiti, tengok kain dalam poket je sebenarnya