Penumpang OKU kecewa ditinggalkan dalam pesawat selama satu setengah jam

553 24 e1654662541817

Penumpang OKU kecewa ditinggalkan dalam pesawat selama satu setengah jam.

Seorang wanita yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditinggalkan di dalam pesawat di Lapangan Terbang Gatwick di London selama lebih sejam dan 30 minit.

Ia berikutan tiada seorang pun kakitangan datang untuk membantu penumpang itu.

Penerbit radio, Victoria Brignell yang lumpuh di bahagian badan ketika itu menaiki penerbangan pulang dari Malta pada Sabtu.

Bercakap kepada Good Morning Britain, penduduk London itu berkata: “Saya menikmati percutian yang indah di Malta, dan pesawat kami mendarat di Gatwick.

Penumpang OKU kecewa ditinggalkan dalam pesawat selama satu setengah jam

“Bagaimanapun, tidak lama selepas mendarat, salah seorang kakitangan syarikat penerbangan datang kepada saya dan memberitahu mereka meminta maaf kerana kakitangan lapangan terbang yang datang untuk menurunkan (saya) dari pesawat akan mengambil masa sekurang-kurangnya 50 minit lagi.

“Dan kemudian masa berlalu dan saya diberitahu mereka akan mengambil masa setengah jam lagi, dan akhirnya saya terkandas selama satu jam 35 minit lagi,” katanya.

Dia menegaskan bahawa adalah tanggungjawab lapangan terbang untuk mengeluarkannya dari pesawat, dan bukannya kakitangan syarikat penerbangan.

“Ia sangat mengecewakan,” tambah Victoria.

“Saya menempah (khidmat) sokongan dua bulan lebih awal, bukannya mereka tidak menjangkakan (kehadiran) saya, mereka tahu saya akan datang.

“Bukan saya saja yang terkesan, malah pesawat itu tidak boleh berlepas sehingga saya keluar dari pesawat, jadi penerbangan seterusnya ditangguhkan selama satu setengah jam juga,” katanya.

Jurucakap lapangan terbang berkata: “Layanan yang diterima di Lapangan Terbang Gatwick itu tidak boleh diterima dan saya ingin memohon maaf setulus hati kepada Victoria.

“Insiden ini telah diberi perhatian. Gatwick dan Wilson James, penyedia bantuan kami sedang menyiasat bagaimana perkara ini boleh berlaku,” katanya.

Baca Lagi:

Menjana pendapatan RM600 sehari, lelaki ini hanya menjual kayu api

Ubah rumah ala ‘Kuil’, pemilik bakal dikenakan tindakan

Ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi duit RM90,000, diangkut lori sampah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *