Penumpang lelaki akan didenda jika masuk ke gerabak pink – Menteri

Photo of author

By Joe

Penumpang lelaki akan didenda jika masuk ke gerabak pink – Menteri. Kerajaan sedang merangka undang-undang untuk mengenakan denda ke atas lelaki yang memasuki gerabak merah jambu yang dikhaskan untuk penumpang wanita dalam pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Menurut laporan Free Malaysia Today, penyedia perkhidmatan komuter seperti KTMB dan MRT telah diminta untuk meningkatkan pemantauan terhadap gerabak wanita tersebut.

Polis bantuan di stesen kereta api dan MRT juga akan lebih kerap meronda untuk memastikan lelaki tidak menceroboh gerabak wanita.

Penumpang lelaki akan didenda jika masuk ke gerabak pink - Menteri

“Kami sedang merangka peraturan untuk mengenakan denda. Buat masa ini, tiada peraturan yang membolehkan kami mendenda lelaki yang mengabaikan larangan memasuki gerabak wanita,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dalam satu sidang media.

Beliau berkata lelaki harus menghormati gerabak wanita ini, yang bertujuan membolehkan penumpang wanita melakukan perjalanan dengan selamat dan selesa.

Baca Lagi:
Suami menangis ‘air mata darah’ lihat isteri tanpa seurat benang atas katil dengan lelaki lain
Harga getah naik zaman kerajaan Madani, penoreh getah gembira dapat RM10,000 sebulan
“Dua ayah satu ibu”- Lelaki tak sangka isteri mengaku tak sengaja lahir dua anak zuriat lelaki lain