Penulis novel kontroversi Salman Rushdie ditikam berkali-kali atas pentas

Penulis novel kontroversi Salman Rushdie ditikam berkali-kali atas pentas

Penulis novel kontroversi Salman Rushdie ditikam berkali-kali atas pentas.

Penulis novel kontroversi berketurunan India, Sir Salman Rushdie ditikam dileher ketika berada di atas pentas di New York, Amerika Syarikat (AS) pada malam Jumaat lalu.

Saksi melihat lelaki yang menikam dengan menggunakan pisau itu, sebagai Hadi Matar, 24, dari New Jersey.

Dia menyerang dan menikam 10 hingga 15 kali dalam masa beberapa saat sebelum Rushdie, 75, jatuh ke lantai dengan berlumuran darah.

Penulis novel kontroversi Salman Rushdie ditikam berkali-kali atas pentas

Penyerangnya memakai topeng hitam menyerbu pentas di Institusi Chautauqua, New York ketika penulis diperkenalkan pada satu festival kebudayaan sebelum memberikan ucapan tentang ekspresi bebas artistik.

Percikan darah dapat dilihat di atas pentas dan perabot di sekelilingnya.

Rushdie yang pernah memenangi Hadiah Booker itu dikelilingi oleh sejumlah kakitangan dan penonton, sebahagian daripada mereka mengangkat kakinya dalam usaha untuk memastikan lebih banyak darah mengalir dalam badannya.

Pengawal keselamatan dan penonton kemudian menahan penyerang selepas kejadian ngeri itu berlaku pada pukul 11 ​​pagi waktu tempatan.

Seorang anggota tentera New York telah berjaya menahan suspek.

Setakat ini motif kejadian masih tidak diketahui.

Sementara itu, Rushdie yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital dengan helikopter.

Rushdie, yang kini tinggal di New York menghabiskan masa bertahun-tahun bersembunyi di bawah perlindungan polis British selepas Ayatollah Khomeini menggesa fatwa hukuman mati pada tahun 1989 terhadapnya ekoran novel kontroversinya berjudul The Satanic Verses.

Ramai umat Islam mendakwa novel itu menggambarkan Nabi Muhammad SAW secara tidak sopan dan ia mencetuskan rusuhan dan pembakaran kedai buku di seluruh dunia.

Baca Lagi:

Ustaz tahfiz kena pukul munculkan diri buat penjelasan, ini keadaan beliau buat ramai sedih

Dalam tandas balai polis pun boleh hisap dadah, penagih kantoi tengah lalok

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES