Pentingkan diri sendiri! Tindakan wanita ini ‘Cop’ parking dikecam netizen..

2493e8cf ee76 480c a90b 75853b14d088

Pentingkan diri sendiri! Tindakan wanita ini ‘Cop’ parking dikecam netizen..

Walaupun isu cop parkir di pusat beli-belah sudah banyak kali dibangkitkan, namun masih ada pihak yang pentingkan diri sendiri dengan sanggup berdiri di kawasan parkir kosong.

Baru-baru ini warganet mengecam tindakan seorang wanita yang enggan berganjak daripada parkir kosong walaupun ada pemandu lain mahu meletakkan kenderaannya di situ.

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh @jalanbasah1, kelihatan wanita terbabit mengetuk bonet belakang serta menunding jari dan ‘mengeraskan diri’ walaupun kenderaan itu sudah mengundur menghampirinya sambil membunyikan hon.

@jalanbasah1mana boleh akak cop parking♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur

Video itu telah ditonton lebih 1.6 juta kali dan menerima 1,600 komen daripada orang ramai yang geram dan tidak bersetuju selepas melihat wanita terbabit bersikap pentingkan diri sendiri.

Orang ramai menyatakan perbuatan itu salah dari segi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang”.

Netizen juga mahu wanita itu dan pihak terlibat dikenakan tindakan oleh PDRM kerana sudah jelas terbukti dia melakukan kesalahan secara terang-terangan.

Pentingkan diri sendiri! Tindakan wanita ini 'Cop' parking dikecam netizen..

Pentingkan diri sendiri! Tindakan wanita ini 'Cop' parking dikecam netizen..

Pentingkan diri sendiri! Tindakan wanita ini 'Cop' parking dikecam netizen..

Untuk makluman, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya di bawah Seksyen 119.

Bagi sesiapa menghadapi situasi seperti ini dan mempunyai bukti rakaman gambar atau video, boleh membuat laporan terus di balai polis berdekatan.

Baca Lagi:

“Jangan jadi penunggang agama” – Mawar Karim kirim pesanan buat ‘S’

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.