
Pensyarah kolej digantung tugas selepas hina, gelar pelajar Islam sebagai ‘pengganas’
Pensyarah kolej digantung tugas selepas hina, gelar pelajar Islam sebagai ‘pengganas’. Seorang pensyarah kolej di Karnataka digantung tugas setelah memalukan seorang pelajar Islam dengan menyamakannya dengan pengganas dalam kejadian serangan Mumbai 26/11.
Profesor itu dilaporkan bertanya kepada pelajar itu namanya, dan apabila mendengar nama Muslim, dia berkata: “Oh, kamu seperti Kasab!”.
Ajmal Kasab, merupakan satu-satunya pengganas Pakistan yang ditangkap hidup-hidup selepas serangan Mumbai 26/11 dan telah dibunuh pada 2012.
Dalam video yang tular, pelajar itu dilihat kesal dengan tindakan profesornya.
A Professor in a class room in India calling a Muslim student ‘terrorist’ – This is what it has been to be a minority in India! pic.twitter.com/EjE7uFbsSi
— Ashok Swain (@ashoswai) November 27, 2022
“Peristiwa 26/11 itu tidak kelakar. Menjadi seorang Muslim di negara ini dan menghadapi semua ini setiap hari adalah tidak lucu, tuan. Anda tidak boleh bergurau tentang agama saya, begitu juga dengan cara yang menghina. Tidak lucu tuan, tidak,” tegas pelajar itu.
Cuba untuk menenangkan pelajar itu, profesor tersebut memujuknya dengan menyamakannya dengan anaknya, “Anda sama seperti anak saya…” kata profesor itu.
“Adakah anda akan bercakap dengan anak anda seperti itu? Adakah anda akan memanggilnya dengan nama pengganas?” pelajar itu menjawab.
Apabila profesor berkata “tidak”, pelajar itu menyambung: “Kalau begitu, bagaimana anda boleh memanggil saya seperti itu di hadapan ramai orang? Anda seorang profesional, anda sedang mengajar. Maaf tidak mengubah cara anda berfikir.”
Selepas video itu menjadi tular, institut itu, Institut Teknologi Manipal di Udipi menggantung guru itu dan mengarahkan siasatan.
“Institut telah pun memulakan siasatan ke atas kejadian itu dan kakitangan yang berkenaan telah diberhentikan daripada kelas sehingga siasatan selesai.”
“Kami ingin semua orang tahu bahawa institut tidak membenarkan kelakuan seperti ini dan insiden ini akan ditangani mengikut dasar yang ditetapkan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.