Penonton masuk padang kibar bendera LGBTQ pada perlawanan Piala Dunia

Penonton masuk padang kibar bendera LGBTQ pada perlawanan Piala Dunia

Penonton masuk padang kibar bendera LGBTQ pada perlawanan Piala Dunia. Perlawanan antara Uruguay dan Portugal pada Piala Dunia tergendala seketika apabila seorang penunjuk perasaan berlari memasuki padang dan mengibarkan bendera pelangi yang merupakan simbol lesbian, gay, bikseksual, transgender dan pelik (LGBT), lapor laman berita Mirror.co.uk semalam.

Insiden berlaku beberapa minit sebelum Portugal mendahului 1-0 menerusi jaringan Bruno Fernandes. Lelaki yang memegang bendera LGBTQ itu juga memakai baju-T yang tertera slogan bermaksud ‘Selamatkan Ukraine’ di hadapan dan ‘Penghormatan untuk Wanita Iran’ di belakangnya.

Dia segera dikeluarkan dari padang oleh petugas-petugas keselamatan.

Penonton masuk padang kibar bendera LGBTQ pada perlawanan Piala Dunia

Menurut media, penunjuk perasaan itu mahu meluahkan perasaan tentang undang-undang mendiskriminasi komuniti LGBTQ di Qatar, perang di Ukraine dan demonstrasi hak wanita di Iran semasa Piala Dunia.

Pengadil dari Iran, Alireza Faghani kemudian mengutip bendera pelangi di Stadium 974 dan membuangnya.

Baca Lagi:
Burung Kuang yang dianggap pupus 140 tahun lalu ditemui saintis amat mengejutkan
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji
CATEGORIES