Peniaga rasa tak sedap hati, rupanya kena tipu dengan pelanggan order 720 set lunch & makan malam

Peniaga rasa tak sedap hati, rupanya kena tipu dengan pelanggan order 720 set lunch & makan malam

Peniaga rasa tak sedap hati, rupanya kena tipu dengan pelanggan order 720 set lunch & makan malam. ASAM garam dalam dunia perniagaan, pengalaman ditipu oleh pelanggan sudah pasti pernah dilalui oleh golongan peniaga.

Begitu juga dengan kisah seorang peniaga makanan di Gerik, Perak ini.

Siapa sangka, sepanjang hampir sembilan tahun berniaga, inilah kali pertama dia melalui pengalaman sedemikian hanya kerana sifat belas kasihan dan mudah percayakan orang.

Peniaga rasa tak sedap hati, rupanya kena tipu dengan pelanggan order 720 set lunch & makan malam

Berkongsi semula kisah pahit itu dengan mStar, Aishah Nita berkata, dia pada mulanya menerima tempahan daripada seorang individu yang memintanya menyiapkan makanan untuk tiga hari, berjumlah 720 set kesemuanya.

“Saya dihubungi oleh individu berkenaan pada 14 Julai lalu, meminta menyediakan set makanan untuk tiga hari sebanyak 240 set setiap hari.

“Orang tu minta 120 set untuk makan tengah hari, dan 120 set lagi untuk makan malam. Tak tahu kenapa, terdetik dah dalam hati perasaan kurang enak. Suami pun kata mintalah deposit.

“Tapi entah kenapa saya tak minta deposit kali ini. Mungkin sebab percayakan kata orang tu yang beritahu tempahan untuk askar.

“Saya kata dekat suami, kita tawakal sajalah. Kalau mereka datang ambil, itu rezeki kita… kalau tak ambil, kita sedekah. Saya tak mahu berburuk sangka,” katanya.

@aishah.gemuk.ibuanak5 #ujian #redha #fypシ゚viral ♬ original sound – MVM Music

Menurut Aishah, dia dan para pekerjanya bertungkus-lumus menyiapkan tempahan sebanyak 120 set untuk makanan tengah hari pada hari pertama dan menunggu untuk diambil sebagaimana yang dijanjikan.

“Sebelum dia datang ambil tempahan pukul 1 tengah hari, dia ada hubungi minta pihak kami belikan bekas makanan plastik. Dia minta kami hubungi pihak syarikatnya pula untuk itu.

“Saya mohon maaf kepadanya dan beritahu tak dapat nak bantu beli. Tunggu punya tunggu, waktu yang dijanjikan, dia tak datang ambil makanan.

“Tengok-tengok nombor kami dah kena sekat. Sebenarnya terkilan sedikit tapi dalam masa yang sama, saya bersyukur sebab tak sempat siapkan yang 120 set lagi untuk makan malam,” katanya sambil menambah, dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM650 disebabkan pelanggan tersebut.

Aishah yang memiliki kedai makan di sebuah medan selera berkata, tempahan yang sudah disiapkan iaitu set nasi putih bersama kari ayam, sayur campur dan sambal belacan akhirnya disedekahkan kepada sekolah pondok berhampiran kedainya.

“Manakala selebihnya suami saya sedekahkan kepada budak-budak yang kebetulan ada perlawanan bola sepak di kampung kami,” katanya lagi.

Mengakui kejadian tersebut meninggalkan pengajaran buat dirinya, Aishah berkata perkongsian yang dibuat di media sosial bertujuan untuk mengingatkan para peniaga makanan lain supaya lebih berhati-hati.

“Bila baca komen, ada juga peniaga yang alami nasib seperti saya… ditipu pelanggan kerana percaya. Saya ni kadang mudah kasihankan orang.

“Apa yang boleh diambil pengajaran selepas ini, janganlah mudah percaya sesuka hati kepada orang,” akhirinya.

Baca Lagi:
Tempat boleh tebus Bantuan SARa, ini senarai kedai & pasaraya MyKasih yang ramai belum tahu
Isteri orang skandal dengan suami orang, pergi bercuti berdua bagitahu family ada company trip
Kereta Proton Saga terbang ‘melekat’ pada dinding raih perhatian ramai
CATEGORIES