Peniaga jual aiskrim Malaysia dengan ‘harga kayangan’ RM6 sebatang di kecam netizen. Netizen terkejut selepas mengetahui aiskrim Malaysia dijual pada harga RM6 dalam satu pameran yang diadakan di dalam negara baru-baru ini.
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan, atau MAHA, diadakan di MAEPS, Serdang minggu lalu dan berjaya menarik puluhan ribu pengunjung ke pameran tersebut.
Netizen kemudiannya tertarik dengan salah satu gerai yang menjual aiskrim Malaysia dimana penjual berkenaan menjual salah satu manisan yang sinonim dengan rakyat negara ini dengan harga yang dianggap kayangan.
Penjual meletakkan harga RM6 untuk sebatang aiskrim sebelum menawarkan promosi RM10 untuk dua batang pada hari terakhir pameran tersebut.
Harga yang tinggi ini nyata menerima kecaman daripada netizen, yang berpendapat harga itu tidak masuk akal untuk manisan yang biasanya dijual dengan harga RM1 untuk satu batang aiskrim.
Walaupun ada netizen yang memahami bahawa penjual perlu mendapatkan untung, terutama di acara yang berlangsung hanya beberapa hari, mereka tetap merasakan harga yang ditetapkan terlalu mahal.
Seriuslah aiskrim Msia jual kt MAHA harga dia cam gini?
I understand yg ppl somehow akan mark-up harga brg utk special event mcm ni, tapi 1 for RM6 (hg b4 offer) ??? pic.twitter.com/3WtUFSPHBh
— Kak Bam 🇲🇾 (@maafcakaplah) September 22, 2024