Pengutip besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Pengutip besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Pengutip besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Seorang pengutip besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat selepas didapati bersalah membunuh pengawal keselamatan, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap R Saravanan, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas K Gobi Nathan, 44, di belakang sebuah restoran, Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu, Chemor antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada 5 Julai 2015.

Pengutip besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, T Vijayandran.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan telah dikemukakan sepanjang prosiding yang berlangsung sejak Disember 2021.

Saravanan dilihat mengalir air mata menoleh ke belakang memandang wajah ahli keluarganya sebaik hukuman ditetapkan dan sempat memeluk ahli keluarganya sebelum dibawa keluar ke lokap.

Media melaporkan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tujuh tetakan di kepala dan kedua-dua belah tangan akibat diserang dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah lorong dekat Laluan Klebang Restu di sini.

Mangsa dikatakan datang ke kawasan itu untuk membeli barangan keperluan di sebuah kedai, sebelum dikejar seorang daripada suspek itu hingga ke lorong berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa berusaha melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah berikutan polis menemui kesan darah sejauh 80 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Baca Lagi:
Ibu bergelumang dengan air longkang demi sesuap nasi, duit tak cukup beli susu anak diganti air rebusan nasi
Polis Selangor saman kereta polis Johor
Penternak kampung jadi penternak kambing ‘kayangan’ baka Red Boer Amerika
CATEGORIES