Pengusaha katering penipu tawar harga murah RM8 sekepala dicekup polis

1799548

Pengusaha katering penipu tawar harga murah RM8 sekepala dicekup polis.

Menawarkan pakej katering bagi majlis perkahwinan serendah RM8 sekepala di media sosial menjadi modus operandi seorang wanita untuk memperdayakan mangsa.

Suspek yang merupakan pengusaha katering Kekasih Hati bukan sahaja menghantar jumlah makanan dalam kuantiti yang kecil dan sudah basi malah ada yang langsung tidak menerima tempahan yang dibuat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima 10 laporan polis membabitkan pengusaha katering yang sama dengan kerugian RM53,380, setakat Isnin lalu.

Pengusaha katering penipu tawar harga murah RM8 sekepala dicekup polis

Beliau berkata, susulan laporan polis yang diterima, polis telah menahan suspek berusia 50an itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 5 petang, semalam bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Kulai dan Johor Bahru.

“Mangsa hanya menyedari diperdaya apabila makanan yang ditempah tidak dihantar atau kurang daripada sepatutnya selain menerima makanan yang sudah basi.

“Mengikut laporan yang diterima setakat ini, semua transaksi bayaran dilakukan dalam talian bagi kes berlaku antara Mei hingga awal Jun melibatkan kerugian 53,380,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Rendah Polis Kontinjen Johor sesi 2/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, wanita itu bertindak menukar akaun Facebook bernama Kekasih Hati Katering kepada akaun bernama Emir Mimi setelah helahnya itu tular di media sosial.

Tambahnya, ramai yang tertipu dengan modus operandi yang digunakan kerana pakej ditawarkan sangat rendah berbanding kebanyakan pakej sedia ada.

“Kami yakin akan menerima beberapa laporan polis dan menggesa mangsa yang lain untuk tampil membuat laporan dengan segera.

“Suspek wanita itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

[VIDEO] Berkira RM50 nak bayar clamp punya pasal, habis jahanam kereta

[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *