Pengusaha bas Singapura kantoi selama ini ‘sebat’ subsidi Malaysia

Photo of author

By Joe

Pengusaha bas Singapura kantoi selama ini ‘sebat’ subsidi Malaysia. Kerajaan nampaknya mengambil langkah tepat dalam menangani isu kecurian diesel melibatkan negara jiran dengan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

Bukti keberkesanannya terlihat apabila beberapa pengusaha bas di Singapura mengumumkan kenaikan pakej melancong ke Malaysia, didakwa sebagai tindak balas terhadap penyasaran subsidi diesel tersebut.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh CNA Singapura, Singapore Cab Booking, yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara kedua-dua negara, menyatakan bahawa kenaikan 50 peratus dalam harga diesel hampir menyerupai harga di Singapura ditambah tol yang dikenakan.

Pengusaha bas Singapura kantoi selama ini 'sebat' subsidi Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu turut mengumumkan niatnya untuk menaikkan harga pakej melancong sekurang-kurangnya 20 peratus dalam beberapa bulan akan datang.

Namun, tindakan ini menerima pelbagai reaksi dan kecaman hebat dari majoriti rakyat Malaysia yang mempersoalkan tindakan pengusaha bas dari Singapura.

Ini kerana, ramai yang berpendapat bahawa penyasaran subsidi diesel itu akhirnya mendedahkan amalan syarikat-syarikat bas dari negara jiran yang dianggap memanfaatkan subsidi kerajaan Malaysia tanpa menghormati hak rakyat Malaysia.

“Oh wow, sekarang baru terdedah juga. Teruskan dengan penyasaran subsidi itu. Sudah nampak siapa yang sebenarnya memanfaatkan subsidi ini dengan salah guna,” kata seorang warganet.

“Jadi maksudnya, keputusan kerajaan untuk potong subsidi dan berikan hanya kepada yang layak memberi kesan positif? Adakah syarikat-syarikat dari Singapura menggunakan diesel subsidi Malaysia? Ini perlu disiasat dengan serius,” tulis @pudseposen.

“Buat perniagaan di Singapura, isi minyak di Malaysia dengan subsidi. Bagus betul, untung besar. Sekarang sudah tidak ada subsidi, itu dia dapat balasan,” komen @techsupremo.

Baca Lagi:
Warganet terkejut lihat jemaah haji Indonesia jual rojak di Tanah Suci
PETRONAS buka stesen minyak pertama di Brazil
Buang budu milik kawan, individu kena kecam dengan netizen, ‘aku doakan kau kahwin dengan kaki budu’